Pertubuhan Pasok Momogun Bersatu (United Pasok Momogun Organisation-PASOK MOMOGUN) merupakan sebuah parti yang ditubuhkan bagi memperjuangkan nasib dan masa depan bangsa Kadazandusun Murut oleh Orang Kaya Kaya (OKK) Datuk G.S. Sundang, pada Januari 1962 hasil daripada dorongan daripada suku kaum Cina di Sabah. Ia juga merupakan reaksi dan bantahan terhadap cadangan Tunku Abdul Rahman, Perdana MenteriPersekutuan Tanah Melayu, untuk menubuhkan satu gagasan negara yang baru yang dipanggil Malaysia yang di panggil Projek Malaysia.