MIUP boleh dikatakan adalah parti serpihan PKR kerana ia ditubuhkan oleh bekas Ketua PKR Cabang Kepong, Datuk K.S. Nallakaruppan yang kecewa tidak dipilih menjadi calon dalam Pilihan Raya Kecil Ijok 2007.[3] Beliau berpandangan apabila BN menurunkan calon berbangsa India, PKR juga sepatutnya menurunkan calon India. Ini telah menyebabkan beliau mendakwa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menjaga perasaan dan kepentingan kaum India.
[4]
Penubuhan
MIUP dilancarkan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 25 November 2007. Penubuhan MIUP diberi hamparan permaidani merah oleh Barisan Nasional dan UMNO sehingga membenarkan PWTC digunakan untuk majlis pelancarannya padahal pengasasnya adalah bekas sahabat baik Datuk Seri Anwar Ibrahim.
MIUP didaftarkan dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan pada 14 September 2007 dengan 100 ahli asal, yang merupakan bekas ahli PKR dan parti-parti lain. Kebanyakan ahlinya terdiri daripadas golongan profesional India seperti peguam, doktor dan juruterbang. [5]
MIUP Pulau Pinang dibubarkan
Pada 6 April 2008, Pengerusi MIUP Pulau Pinang, L. Balasupramaniyam bersama 3,500 pengikutnya mengumumkan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana tidak berpuashati dengan kepimpinan Datuk Nallakaruppan. Dikatakan wujud penyelewengan dana bantuan yang sepatutnya diagihkan kepada setiap negeri. Tetapi Ketua Bahagian MIUP Nibong Tebal, M. Sures menafikan pembubaran tersebut.[6]