Parti Alternatif Rakyat (singkatan: PAP, bahasa Inggeris: People's Alternative Partycode: en is deprecated ) adalah salah satu parti politik Malaysia yang berbentuk pelbagai kaum dan liberal demokratik. Ia ditubuhkan pada 15 September 2014 di Pulau Pinang.[1][2]
Pada 30 Oktober 2015 pendaftaran PAP diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) serta dilancarkan pada 5 Disember 2015 oleh Presiden PAP, Zukifli Mohd Noor di Hotel Quality, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.[5][6] Zulkifli Mohd Noor berulang kali menegaskan bahawa PAP tidak akan mengamalkan dasar perkauman di Malaysia.
PAP merupakan salah satu parti politik terbaru di Malaysia. PAP memberikan rakyat Malaysia satu alternatif politik yang mantap dalam memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat Malaysia keseluruhannya.