Hakim Besar Sabah dan Sarawak (Jawi: حاكيم بسر سابه دان سراوقcode: ms is deprecated ) ialah pejabat dan gelaran ketua Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak. Gelaran ini telah digunakan sejak 24 Jun 1994, apabila Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak dibentuk. Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak adalah mahkamah tertinggi ketiga Malaysia berserta Mahkamah Tinggi di Tanah Melayu. Ia merupakan kedudukan keempat tertinggi dalam sistem kehakiman Malaysia selepas Ketua Hakim Negara Malaysia, Presiden Mahkamah Rayuan Malaysia dan Hakim Besar Malaya.[3]