Presiden Mahkamah Rayuan Malaysia ialah jawatan ketua timbalan sistem kehakiman Malaysia. Gelaran ini telah digunakan sejak 24 Jun 1994, apabila Mahkamah Rayuan Malaysia dibentuk. Presiden Mahkamah Rayuan ialah ketua Mahkamah Rayuan, mahkamah kedua tertinggi di Malaysia. Ia merupakan kedudukan kedua tertinggi dalam sistem kehakiman Malaysia selepas Ketua Hakim Negara Malaysia dan diikuti oleh Hakim Besar Malaya dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak.[3]