Parti Impian Sabah (Singkatan: IMPIAN / P.I Sabah) atau dalam bahasa Inggeris: Sabah Dream Partycode: en is deprecated merupakan sebuah parti politik di Malaysia yang berfokuskan kepada Negeri Sabah.[3] Parti Impian Sabah adalah sebuah parti yang ditubuhkan oleh usahawan dan ahli politik, Ybhg Michel Alok pada tahun 2023, sekaligus dibenarkan untuk beroperasi sebagai parti politik oleh JPPM/RoS pada hujung tahun 2023. Beliau telah menubuhkan parti ini dengan tujuan menjadi pilihan parti tempatan alternatif untuk rakyat di Sabah.[4][5][6][7][8]
Sejarah
Parti ini ditubuhkan pada tahun 2023 dan beroperasi secara rasmi sebagai parti politik di bawah Akta Pertubuhan 1966 oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada akhir Disember 2023. Usahawan dan ahli politik, Ybhg Michel Alok merupakan penaja utama dan pengasas Parti Impian Sabah.[9][10] Pada 1 Jun 2024, 6 ketua bahagian Parti Impian Sabah telah rasmi diberi watikah pelantikkan di kawasan Pantai Timur Sabah.[11]