Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 2023 ialah pilihan raya kecil pertama selepas pilihan raya umum Malaysia ke-15 yang bakal diadakan serentak dengan pilihan raya negeri pada 12 Ogos 2023[1]. Pilihan raya ini diadakan berikutan kemenangan penyandangnya Dato’ Ahmad Amzad Hashim dibatalkan oleh mahkamah yang menyebabkan kekosongan kerusi [2]. Pilihan raya ini menyaksikan kemenangan semula penyandangnya, Ahmad Amzad Hashim[3].
Tarikh penting
Tarikh
Peristiwa
19 November 2022
Calon PAS yang juga penyandang, Ahmad Amzad Hashim memenangi kerusi Kuala Terengganu dalam pilihan raya umum Malaysia 2022.[4]
3 Januari 2023
UMNO Terengganu memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan PRU15 di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
27 Jun 2023
Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Firuz Jaffril membenarkan petisyen pilihan raya yang difailkan calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen itu, Mohd Zubir Embong, dan membatalkan kemenangan penyandang.[2]
8 Julai 2023
PAS memutuskan untuk tidak mengemukakan rayuan terhadap keputusan petisyen.[5]
18 Julai 2023
Mesyuarat khas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menentukan tarikh-tarikh penting berkaitan pilihan raya.[6]