Tengku Abdullah ibni Tengku Ahmad Shah (1959-07-30) 30 Julai 1959 (umur 65) (umur 65 tahun, 5 bulan dan 25 hari) Istana Mangga Tunggal, Pekan, Pahang, Malaya (Kini Malaysia)
YAM Tengku Puteri Seri Lela Wangsa Tengku Meriam YDH Dato’ Sri Mohamad Toufic Al-Ozeir
YM Tengku Dato’ Indera Nurul Kamalia Tengku Besar Tengku Kamil Ismail YH Dato’ Ahmad Najmi
YM Puteri Nadra Raniya
YM Puteri Shakira Nurjenna
YM Tengku Dato’ Indera Madina Kamalia Tengku Besar Tengku Kamil Ismail
YM Tengku Dato’ Indera Madihah Shahzan Kamilah Tengku Besar Tengku Kamil Ismail
YHM Dato’ Setia Pahlawan Tengku Dato’ Indera Aidy Ahmad Shah Tengku Besar Tengku Kamil Ismail YBhg. To' Puan Setia Datin Indera Mai Nurliyana Meyor Hamdan
YM Tengku Abdullah Amir Ahmad Shah
YM Puteri Noor Afzan Mohamad Al Ozeir
YAM Tengku Puteri Seri Teja Tengku Muhaini YABhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj. Affendi Buang TUDM
YM Dato’ Indera Puteri Munawarah Syammiyah Munir
YM Dato’ Indera Tun Putera Matin Ahmad Shah Munir YBhg. Datin Indera Aida Rakhimova
YM Tun Putera Miran Shah
YM Dato’ Indera Tun Putera Muhammad Abu Bakar Munir
YM Dato’ Indera Tun Putera Abdul Mubin Shah Munir YBhg. Datin Indera Saskia Natrah Schwarz
YAM Tengku Puteri Seri Kemala Tengku Aishah
YM Dato’ Indera Tunku Syazwan Kaiyisah YH Dato’ Wan Putera Shahril
YM Tun Putera Shakeel Abdullah Shah
YM Tun Putera Khyrie Ahmad Shah
YM Tun Putera Ahmad Aizuddin Shah
YM Puteri Afzan Shakira Nabila YBhg. Encik Khairul Fahmy
YM Khaira Alayna
YAM Tengku Puteri Seri Lela Manja Tengku Nong Fatimah
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni AlmarhumSultan Haji Ahmad Shah (Jawi: السلطان عبدﷲ رعاية الدين المصطفى بالله شاه إبن المرحوم سلطان حاج أحمد شاهcode: ms is deprecated ; sebutan (bantuan·maklumat) diputerakan pada 30 Julai 1959) adalah Sultan Pahang era moden yang ke-6 sejak 11 Januari 2019 selepas ayahanda baginda, Sultan Haji Ahmad Shah turun takhta. Baginda juga telah menaiki takhta kerajaan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 selama 5 tahun dari 2019 hingga 2024, di mana baginda melafaz sumpah dalam sebuah istiadat yang gilang-gemilang pada 31 Januari 2019 di Istana Negara, Jalan Duta. Baginda sebelum ini telah menyandang jawatan sebagai Tengku Mahkota Pahang hampir 44 tahun.[2][3][4][5][6]
Kehidupan awal
Tengku Abdullah telah diputerakan pada Hari Khamis 30 Julai 1959 di Istana Mangga Tunggal, Pekan iaitu pada zaman pemerintahan paduka nenda baginda, Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah, Sultan Pahang IV. Paduka ayahanda baginda, Tengku Mahkota Pahang ketika itu (Tengku Ahmad Shah), merupakan paduka anakanda ketiga Sultan Abu Bakar dengan Tengku Ampuan Fatimah. Paduka bonda baginda pula, Tengku Puan Pahang (kemudian menjadi Tengku Ampuan Hajah Afzan) merupakan paduka puteri kepada Tengku Panglima Perang dengan Tengku Seri Kemala. Baginda diputerakan di Istana Mangga Tunggal, Pekan, Pahang, Persekutuan Tanah Melayu, dua tahun setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan di bawah pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pertama, Tuanku Abdul Rahman. Baginda dipanggil Alam oleh kerabat terdekat baginda.
Baginda ialah paduka anakanda keempat daripada lapan adik-beradik.[7] Kakanda tertua baginda ialah Tengku Meriam. Baginda ialah paduka putera sulung Sultan Ahmad Shah, Sultan bagi negeri Pahang dan seluruh jajahan takluknya.[8]
Pendidikan
Pendidkan awal baginda telah bermula di Sekolah Clifford, Kuala Lipis
pada tahun 1965. Kemudian Baginda telah menyambung persekolahan peringkat rendah di Sekolah Ahmad, Pekan dari tahun 1966 hingga 1969 dan Sekolah Rendah St. Thomas, Kuantan serta pengajian peringkat menengah di Sekolah Menengah St. Thomas, Kuantan dari 1970 hingga 1974 sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara. Sejak kecil lagi baginda aktif dalam sukan seperti permainan hoki, bola sepak dan sepak takraw. Baginda pernah dipilih untuk mewakili sekolah, daerah dan negeri dalam permainan bola sepak.
Baginda menerima pendidikan agama Islam secara persendirian setiap minggu di pejabat baginda di istana lama dan diajar oleh Kadi Besar Pahang.[9]
Dalam usia 16 tahun, Baginda kemudiannya berangkat melanjutkan pengajian ke Aldenham School, Elstree, Hertfordshire, United Kingdom dari 1975 hingga 1977. Seperti mana-mana kerabat diraja di seluruh dunia, baginda turut memasuki Akademi Tentera Diraja Sandhurst selama dua tahun dari 1978 hingga 1979. Pada tahun 1980 hingga 1981, baginda meneruskan pengajian peringkat diploma di Worcester & Queen Elizabeth College dalam bidang Hal Ehwal Luar Negeri & Diplomasi.[10]
Ketenteraan
Seperti kelazimannya, sebagai pewaris takhta, Baginda telah didedahkan dengan bidang ketenteraan sejak dari awal lagi. Komitmen Baginda dalam bidang ketenteraan sangat terserlah sehingga dilantik sebagai Leftenan Muda, Akademi Tentera Diraja Sandhurst dengan menerima pentauliahan oleh Ratu Elizabeth II pada tahun 1980.
Baginda juga adalah Kapten bagi pasukan Kor Kavelri Diraja Malaysia dan dilantik menjadi Leftenan Kolonel, Rejimen 505 Askar Wataniah pada 1 Mei 1999. Sifat kepimpinan Baginda dalam bidang ketenteraan sentiasa dikagumi sehingga Baginda dilantik menjadi Kolonel, Rejimen 505 Askar Wataniah pada 1 Jun 2000 dan kemudiannya menjadi Brigadier Jeneral, Komander Rejimen 505 Askar Wataniah pada 1 April 2004.
Pewaris takhta
Setelah keputeraan baginda, Tengku Abdullah berada dalam kedudukan kedua dalam susur galur pewarisan takhta Pahang, melewati paduka ayahanda saudaranya, Tengku Ibrahim dan dibelakang paduka ayahandanya yang merupakan Tengku Mahkota. Apabila paduka nenda baginda mangkat pada tahun 1974 dan paduka ayahanda baginda menaiki takhta, Tengku Abdullah menjadi pewaris pertama kepada takhta singgahsana kerajaan negeri Pahang.
Tengku Mahkota
Pada 1 Julai 1975, baginda telah dilantik menjadi Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang dan kemudiannya telah dimasyhurkan pada 23 Oktober 1977 di Istana Abu Bakar, Pekan.[11] Sebelum diangkat menjadi sultan, baginda adalah pemegang gelaran putera mahkota kedua paling lama hampir 44 tahun dalam kalangan pewaris takhta di seluruh dunia hanya di belakang Charles, Putera Wales.[12]
Pemangku Raja
Tengku Abdullah diangkat menjadi Pemangku Raja Pahang selama lima tahun apabila paduka ayahanda baginda diangkat sebagai Yang di-Pertuan Agong dari 26 April 1979 hingga 25 April 1984.
Selepas kegeringan ayahandanya, Tengku Abdullah secara rasmi memangku takhta negeri sebagai Pemangku Raja Pahang bermula 28 Disember 2016 sehingga baginda menaiki takhta pada tahun 2019. Berikutan itu, baginda menghadiri majlis-majlis rasmi dan istiadat-istiadat istana bagi menggantikan ayahandanya.
Pemerintahan
Sultan Pahang ke-6
Berikutan penurunan takhta ayahandanya akibat gering, pada 11 Januari 2019, baginda telah dilantik oleh Jemaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang untuk menggantikan ayahandanya sebagai Sultan Pahang ke-6 berkuat kuasa pada hari tersebut. Baginda kemudian secara rasminya dimasyhurkan pada 15 Januari 2019 sebagai Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dalam Istiadat Pemasyhuran di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.[13][14]
Yang di-Pertuan Agong Ke-16
Pertabalan
Tidak lama kemudian, pada 24 Januari 2019, Majlis Raja-Raja dalam Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja ke-251 telah berkenan memilih baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, bagi menggantikan Sultan Muhammad V (Kelantan) yang turun takhta. Baginda telah mengangkat sumpah jawatan bagi memulakan pemerintahan baginda di tampuk Persekutuan di Istana Negara pada 31 Januari 2019.[15] Istiadat pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong telah berlangsung di Istana Negara pada 30 Julai 2019, tujuh bulan selepas baginda menaiki takhta.
Sementara itu, hal-ehwal pentadbiran di Pahang pula diserahkan kepada anakandanya Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah. Namun begitu, pada tarikh pelantikan, Tengku Hassanal masih melanjutkan pelajarannya di Akademi Tentera Diraja Sandhurst. Dengan itu, Tengku Hassanal dibantu dalam menjalankan tugasnya oleh Majlis Jemaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang yang diketuai oleh adinda sulung Sultan Abdullah serta bapa saudara Tengku Hassanal, Tengku Abdul Rahman Ibni Sultan Haji Ahmad Shah dari 15 Februari 2019 sehingga tamat pengajiannya pada 15 Disember 2019.[16]
Al-Sultan Abdullah selaku ketua negara kerap kali mengadakan lawatan ke luar negara sebagai mengukuhkan hubungan luar negeri Malaysia serta menghadiri istiadat-istiadat diraja negeri atas undangan rasmi. Lazimnya, baginda diiringi Raja Permaisuri Agong, dan kadangkala dengan pihak kabinet dan kerajaan. Baginda turut biasanya mengadakan pertemuan dengan diaspora Malaysia ketika lawatannya. Sungguhpun begitu, tugasan diplomasi ini terganggu pada 2020 dan 2021 akibat pandemik COVID-19 yang menyebabkan lawatan-lawatan negara ditangguhkan.[17]
Sukan
Al-Sultan Abdullah juga sangat aktif dalam bidang sukan. Antara bidang sukan yang diminati oleh Baginda adalah polo, bola sepak dan hoki. Baginda bukan sahaja aktif di dalam negara malahan juga di luar negara dan pernah mengetuai pasukan Polo Diraja Pahang dalam perlawanan antarabangsa di Windsor Polo Club, England serta mengambil bahagian dalam pertandingan di Singapura, Filipina, Brunei, Argentina, Amerika Syarikat, Sepanyol, Belgium dan Thailand. Kehebatan Baginda dalam sukan polo terbukti apabila berjaya menggondol pingat emas pada temasya Sukan SEA ke-12 di Singapura pada tahun 1983.[18]
Pencapaian Baginda dalam bidang sukan sangat terserlah sehinggakan Baginda diberi kepercayaan untuk memegang beberapa jawatan penting persatuan-persatuan sukan di dalam dan di luar negara. Antara jawatan yang pernah disandang adalah Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Ahli Majlis Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF), Vice President of Asian Football Confederation. Baginda juga telah mencipta sejarah tersendiri apabila dipilih antara tiga Anggota Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mewakili Asia untuk penggal 2015-2019.
Personaliti
Al-Sultan Abdullah sangat sinonim dengan sifat sopan dalam menyantuni rakyat. Ini adalah hasil didikan penuh kash sayang yang disemal sejak kecil lagi oleh Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Sultan Abu Bakar serta bondanya, Almarhumah Tengku Ampuan Afzan Rahimahallah Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad. Keprihatinan Baginda dan Tunku Azizah dalam menyelami denyut nadi rakyat dapat dilihat dengan jelas bila mana Baginda sentiasa dilihat dengan segera bercemar duli untuk bertanya khabar, bertitah kata-kata semangat dan mengurniakan sumbangan peribadi setiap kali mendengar rakyat Baginda ditimpa bencana. Sesungguhnya Al-Sultan Abdullah adalah seorang raja yang berjiwa rakyat. Dengan keperibadian yang mulia dan legasi pemerintahan berpaksikan kata keramat Raja dan rakyat berpisah tiada' yang diwarisi daripada Paduka Ayahanda ini membuatkan Baginda Tuanku sangat disayangi rakyat jelata terutamanya rakyat negeri Pahang tanah tumpah darah Baginda.
30 Julai 1959 – 8 Mei 1974: Yang MuliaTengku Abdullah Ibni Tengku Ahmad Shah
8 Mei 1974 – 1 Julai 1975: Yang Amat MuliaTengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
1 Julai 1975 – 28 April 1979: Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota PahangTengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
28 April 1979 – 25 April 1984: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja PahangTengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
25 April 1984 – 28 Disember 2016: Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota PahangTengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
28 Disember 2016 – 11 Januari 2019: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja PahangTengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
11 Januari 2019 – 15 Januari 2019: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan PahangSultan Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
15 Januari 2019 – 31 Januari 2019: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan PahangAl-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
31 Januari 2019 - 22 Mei 2019: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI,Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
22 Mei 2019 - 30 Januari 2024: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI,Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
30 Januari 2024 – 13 Mac 2024: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan PahangAl-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
14 Mac 2024 - kini: Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan PahangAl-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah
Jawi: کباوه دولي ڤدوك بڬيندا سلطان ڤهڠ السلطان عبد الله رعاية الدين المصطفى بالله شاه ابن المرحوم سلطان حاج أحمد شاهcode: ar is deprecated
Gelaran baginda Al-Mustafa Billah bermaksud Pembela Seluruh Agama yang Terpilih oleh Allah S.W.T[20]
Nama penuh dan gelaran rasmi Paduka Baginda ialah:
Kebawah Duli Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah DKP, D.KM, DK, DMN, SAAS, SSAP, SIMP (Pahang); DK (Terengganu); DK (Johor); SPMJ, DKMB (Brunei); DK (Kedah); DK (Perlis); DK (Perak); DK (Selangor); DK (Kelantan) Sultan dan Raja Pemerintah Negeri Pahang Darul Makmur dan Segala Jajahan Takluknya
Darjah Kerabat Yang Maha Utama Kerabat Diraja Pahang (DKP)
Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang Yang Amat Dihormati - Kelas I (D.K. I)
Darjah Kebesaran Al-Sultan Abdullah Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Pertama Sri Setia Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah, membawa gelaran Dato' Sri Setia (SAAS) (2024)
^Mohd. Shariza Abdullah (12 Januari 2019). "Biodata Tengku Abdullah". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-12. Dicapai pada 12 Januari 2019.