Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Jawi: اونيۏرسيتي إسلام انتارابڠسا مليسياcode: ms is deprecated ; bahasa Inggeris: International Islamic University Malaysiacode: en is deprecated ; Arab: الجامعة الإسلامية العالمية بماليزياcode: ar is deprecated ), juga dikenali sebagai UIAM, ialah sebuah universiti awam di Malaysia. Beribu pejabat di Gombak, Selangor, UIAM mempunyai empat kampus lain di seluruh Malaysia: kampus perubatan di Bandar Indera Mahkota, Pahang, kampus Pusat Asasi di Gambang, Pahang, kampus ISTAC di Kuala Lumpur, dan kampus pelancongan mampan dan bahasa kontemporari di Pagoh, Johor.
Universiti ini ditubuhkan pada 20 Mei 1983 berdasarkan prinsip agama Islam.[1] Nilai-nilai Islam diterapkan dalam semua disiplin ilmu. UIAM menawarkan kursus ijazah sarjana muda, sarjana dan kedoktoran di 14 kuliah (fakulti).
Sejak 1987, UIAM telah melahirkan lebih 70,000 graduan dan prasiswazah dari lebih 100 negara di seluruh dunia. Kebanyakan daripada mereka berasal dari Malaysia. [6]
Sejarah
Perdana MenteriMahathir Mohamad[7][8] menggagas idea untuk sebuah institusi pendidikan Islam antarabangsa pada tahun 1982 semasa pertemuan antara pemimpin OIC mengenai peng-Islaman ilmu. Idea itu dikongsi bersama menteri pendidikan ketika itu, Sulaiman Daud; ketua pengarah pendidikan ketika itu, Murad Mohamed Nor; dan dua lagi. Mohamed Kamal Hassan, ketika itu dari Universiti Kebangsaan Malaysia, bersama pegawai kanan akademik yang menghadiri mesyuarat itu, menghasilkan kertas kerja pertama mengenai konsep universiti tersebut.
Ismail al-Faruqi, seorang cendekiawan Islam terkemuka, memainkan peranan penting dalam gerakan ini. Beliau menasihati pemimpin politik di dunia Muslim, termasuk Muhammad Zia-ul-Haq di Pakistan dan Mahathir Mohamad. Semasa pentadbiran Zia-ul-Haq, al-Faruqi menyumbang kepada penubuhan Universiti Islam Antarabangsa di Islamabad pada tahun 1980, yang bertujuan mengintegrasikan nilai-nilai Islam dengan disiplin akademik kontemporari. Di Malaysia, peranan penasihat al-Faruqi sangat penting dalam penubuhan universiti pada tahun 1983. Institusi-institusi ini adalah sebahagian daripada usaha yang lebih luas untuk membangunkan sistem pendidikan yang menggabungkan pengetahuan agama dan sekular, memupuk perkembangan intelektual dan budaya di dunia Muslim.[9]
UIAM pernah menjadi universiti swasta. Memandangkan bahasa pengantar universiti bukan bahasa Melayu tetapi sebaliknya bahasa Inggeris dan bahasa Arab (sesuatu yang pada mulanya dilarang oleh undang-undang Malaysia), UIAM diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965. Walau bagaimanapun, UIAM secara rasminya telah dijadikan universiti awam pada 20 Mei 1983, oleh Seksyen 5A (2) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, apabila universiti itu menerima perintah penubuhannya daripada Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah, selepas pertukaran nota diplomatik penajaan bersama antara kerajaan Malaysia, tujuh kerajaan lain serta OIC. [10]
Sekumpulan 153 pelajar dari Malaysia dan luar negara telah mendaftar untuk sesi akademik pertama, yang bermula pada 8 Julai 1983. Kursus telah dijalankan di bawah Fakulti Ekonomi, Fakulti Undang-undang, Pusat Pengetahuan Asas, dan Pusat Bahasa. Ahli kumpulan pertama ini menerima ijazah dan diploma semasa konvokesyen pertama yang diadakan pada 10 Oktober 1987. 68 graduan telah dianugerahkan ijazah Sarjana Muda Ekonomi, 56 graduan lain menerima ijazah Sarjana Muda Undang-undang, dan 29 kadi dianugerahkan Diploma dalam Undang-undang dan Pentadbiran Kehakiman Islam.
Pentadbiran
Sebagai sebuah universiti awam, UIAM mempunyai ketua perlembagaan yang mempengerusikan konvokesyen dan menjadi tempat rujukan untuk semua isu perlembagaan. Setaraf dengan canselor di universiti awam lain, mereka dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas syor kerajaan persekutuan untuk tempoh tujuh tahun.
Sultan Ahmad Shah ialah ketua perlembagaan pengasas sejak 1 Julai 1983. Sebelum kemangkatan Baginda, Baginda digantikan oleh menantunya yang juga merupakan Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Baginda dilantik sebagai ketua perlembagaan pada 12 April 2019 untuk tempoh lima tahun, menamatkan jawatan canselori bapa mertuanya di UIAM selama 36 tahun, namun surat cara pelantikan hanya diserahkan kepadanya oleh kerajaan persekutuan pada 17 Jun 2019.[11]
Sebagai badan berkanun persekutuan, UIAM beroperasi di bawah pengawasan lembaga pengelola, sebuah badan yang mengarah dan menyelia semua hal ehwal universiti. Lembaga itu dipengerusikan oleh seorang presiden yang dilantik oleh ketua perlembagaan atas nasihat kerajaan persekutuan untuk tempoh lima tahun. Mengikut tradisi, ketua setiausaha Kementerian Pendidikan ialah timbalan pengerusi lembaga. Selain presiden dan timbalan pengerusi, lembaga itu terdiri daripada 15 ahli, termasuk setiausaha agung OIC dan ketua diplomatik negara anggota, iaitu Bangladesh, Mesir, Libya, Maldives, Pakistan, Arab Saudi dan Turki. Tan Sri Samsudin Osman, bekas Ketua Setiausaha Negara Malaysia, menduduki jawatan presiden kesembilan sejak 1 Julai 2022. [12]
Lembaga pengelola dibantu oleh senat, badan yang menyediakan hal ehwal akademik dan pelajar universiti, dan jawatankuasa pengurusan yang menyelia operasi harian universiti. Kedua-dua Senat dan jawatankuasa pengurusan dipengerusikan oleh seorang rektor yang dilantik oleh ketua perlembagaan atas nasihat kerajaan persekutuan untuk tempoh tiga tahun.
Prof. Dr. Ahmad Faris Ismail, timbalan rektor (akademik dan pengantarabangsaan)
Prof. Dr. Ahmad Hafiz Zulkifly, timbalan rektor (penyelidikan dan inovasi bertanggungjawab)
Prof. Dr. Akmal Khuzairy Abd. Rahman, timbalan rektor (pembangunan pelajar dan penglibatan masyarakat)
Puan Fazidah Hj. Bakhtiar, pengarah eksekutif, bahagian perkhidmatan pengurusan
Puan Naaimah binti Mat @ Ahmad Radzi, pengarah eksekutif, bahagian kewangan
Dato' Haji Wan Mohd Hilmi Wan Kamal, pengarah eksekutif, bahagian perancangan dan pembangunan
Raja Badrol Hisham Raja Mohd. Ali, penasihat undang-undang
Prof. Dr. Azmi Md Nor, pengarah kampus Kuantan
Prof. Dato' Dr. Norbik Bashah Idris, ketua pegawai maklumat
Kampus
UIAM beribu pejabat di kawasan kampus seluas 700 ekar (2.8 km²) di Gombak, Selangor dan mempunyai empat kampus lain. Dua kampus terletak di Kuantan, Pahang—Pusat Asasi di Gambang, dan kampus perubatan di Bandar Indera Mahkota. Dua lagi kampus terletak di Bandar Universiti Pagoh, Johor bagi Kuliah Pelancongan Mampan dan Bahasa Kontemporari, dan Kuala Lumpur bagi Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa.
Pusat pengajian
UIAM mempunyai 14 kuliah berikut:
Kuliah Undang-Undang Ahmad Ibrahim / Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws (AIKOL) – Gombak
Kuliah Sains Kesihatan Bersekutu / Kulliyyah of Allied Health Sciences (KAHS) – Kuantan
Kuliah Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar / Kulliyyah of Architecture and Environmental Design (KAED) – Gombak
Kuliah Pergigian / Kulliyyah of Dentistry (KOD) – Kuantan
Kuliah Ekonomi dan Sains Pengurusan / Kulliyyah of Economics and Management Sciences (KENMS) – Gombak
Kuliah Pendidikan / Kulliyyah of Education (KOED) – Gombak
Kuliah Kejuruteraan / Kulliyyah of Engineering (KOE) – Gombak
Kuliah Teknologi Maklumat dan Komunikasi / Kulliyyah of Information and Communication Technology (KICT) – Gombak
Kuliah Ilmu Pengetahuan Berteraskan Wahyu dan Sains Kemanusiaan AbdulHamid AbuSulayman / AbdulHamid AbuSulayman Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences (AHAS KIRKHS) – Gombak
Kuliah Pelancongan Mampan dan Bahasa Kontemporari / Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages (KSTCL) – Pagoh
Kuliah Perubatan / Kulliyyah of Medicine (KOM) – Kuantan
Kuliah Kejururawatan / Kulliyyah of Nursing (KON) – Kuantan
Kuliah Farmasi / Kulliyyah of Pharmacy (KOP) – Kuantan
Kuliah Sains / Kulliyyah of Science (KOS) – Kuantan
Kuliah Sains Sukan dan Rekreasi / Kulliyyah of Sport Sciences & Recreation (KOSSER) - Pagoh
Terdapat juga pusat akademik lain yang tidak setara dengan tahap kuliah namun menawarkan kursus pra-universiti, prasiswazah dan pascasiswazah:
Akademi Pengajian Siswazah dan Profesional / Academy of Graduate and Professional Studies (ACADEMY) – Gombak dan Kuala Lumpur
Pusat Asasi / Centre for Foundation Studies (CFS) – Gambang
Pusat Bahasa dan Pembangunan Akademik Pra-Universiti / Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD) – Gombak, Kuantan, Pagoh dan Gambang
Institut Perbankan dan Kewangan Islam / Institute of Islamic Banking and Finance (IIiBF) – Gombak
Institut Penyelidikan dan Latihan Halal Antarabangsa / International Institute of Halal Research and Training (INHART) – Gombak
Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa / International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) – Kuala Lumpur
Kemudahan
Kemudahan ICT
UIAM mempunyai perkhidmatan dalam talian, seperti i-Ma'luum, di mana pelajar UIAM boleh menyemak dan menyusun jadual dan maklumat peribadi mereka dalam pangkalan data dalam talian berpusat. UIAM mempunyai portal e-pembelajaran dan komuniti dalam talian (dipanggil i-Ta'leem), di mana pelajar boleh mengatur dan menyelaraskan jadual, pengumuman dan aktiviti mereka.
Perpustakaan
UIAM mempunyai enam perpustakaan. Perpustakaan utama, Perpustakaan Dar al-Hikmah, terletak di Kampus Gombak bersama dengan Perpustakaan Institut Perbankan dan Kewangan Islam UIAM, dan perpustakaan satelit terletak di Kampus Kuantan, Pusat Asasi di Gambang, Kulliyyah Bahasa dan Pengurusan di Pagoh, dan Perpustakaan Syed Muhammad Naquib al-Attas di Kuala Lumpur.
Pusat Kebudayaan
Pusat Kebudayaan UIAM (ICC, dahulunya Pusat Kegiatan Kebudayaan) ialah pusat terbesar universiti, digunakan sebagai tempat untuk upacara konvokesyen tahunan. ICC juga boleh ditukar kepada tempat peperiksaan. Persembahan kebudayaan, ceramah dan seminar telah diadakan di pusat itu.
Kompleks Azman Hashim
Kompleks Azman Hashim ialah dewan serbaguna dan pusat komersial bernilai RM7 juta yang memenuhi keperluan pelajar UIAM. Ia juga merupakan sumber pendapatan untuk Dana Wakaf UIAM.
Kompleks sukan
UIAM mempunyai empat kompleks sukan. Dua kompleks sukan dibina secara berasingan untuk pelajar lelaki dan perempuan di Kampus Gombak. Dua lagi kompleks sukan terletak di Kampus Kuantan dan Pusat Asasi di Gambang.
Kemudahan asrama
Kolej kediaman pelajar di UIAM dikenali sebagai "Mahallah" yang dipetik daripada bahasa Arab. Kolej kediaman UIAM serba lengkap bukan sahaja dengan perkhidmatan tetapi juga aktiviti, dan dinamakan sempena nama para sahabat Nabi, mujahidah dan syuhada wanita. Sejak awal penubuhannya, UIAM telah mengamalkan penginapan penuh untuk pelajar sarjana sepenuh masanya. Bagi pelajar pascasiswazah, penginapan disediakan berdasarkan ketersediaan bilik. Keutamaan diberikan kepada pelajar bukan warganegara Malaysia terutamanya pelajar dari pengambilan terbaru.
Kemudahan kesihatan
Sejak 2016, UIAM mempunyai hospital pengajar yang dinamakan "Pusat Perubatan Sultan Ahmad Shah @ UIAM" (SASMEC@IIUM) di Kuantan. Selain hospital pengajar, UIAM mempunyai beberapa klinik dan pusat perubatan pakar yang juga terletak di Kuantan, serta Klinik Sejahtera UIAM di kampus Gombak dan Gambang, selain Poliklinik Sejahtera di Pagoh.
Tempat beribadat
UIAM dilengkapi kemudahan tempat beribadat Islam seperti masjid dan musala (surau) di serata kampus-kampusnya. Hampir setiap bangunan dilengkapi musala, dan
Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Gombak
Masjid Sultan Haji Ahmad Shah (SHAS Mosque) terletak di tengah-tengah Kampus Gombak. Ruang solat utama masjid ini mempunyai kapasiti maksimum 9000 orang, dengan ruang solat wanita di tingkat kedua dan ketiga. Masjid ini menganjurkan kuliah, seminar dan kelas konsep seperti pengurusan perkahwinan dan jenazah, tilawah dan tahfiz Al-Qur'an, serta aktiviti seperti qiamullail dan tarbiah serta latihan kepada pelajar.
Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan
Masjid Sultan Haji Ahmad Shah turut dibina di kampus Kuantan di hadapan kampus berhampiran SASMEC@IIUM.
Masjid Pusat Asasi UIAM
Masjid Pusat Asasi UIAM dibuka pada Jun 2019.[14] Walaupun lebih kecil berbanding masjid-masjid di kampus UIAM yang lain, ia turut berfungsi sebagai masjid utama untuk penduduk di sekitar kawasan tersebut, umumnya bagi kolej-kolej berhampiran bagi ibadah utama seperti solat fardu Jumaat dan sebagainya.
Masjid Zabedah
Kampus Kuala Lumpur juga dilengkapi sebuah masjid yang dinamakan sempena ibu kepada Tan Sri Azman Hashim. Masjid Zabedah merupakan masjid terkecil di antara keempat-empat masjid di kampus-kampus UIAM, dengan kapasiti 250 jemaah sahaja.[15]
Musala Al-Iman
Kampus Pagoh UIAM merupakan satu-satunya kampus yang tidak mempunyai masjidnya tersendiri, dan sebaliknya sebuah musala (surau.)
Kemudahan UIAM Gombak
Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Kampus Gombak (pandangan luar)
Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Kampus Gombak (pandangan dalam)
Pusat Kebudayaan (di sebelah kiri) dan Kompleks Azman Hashim (di sebelah kanan)
Perpustakaan di Kampus Gombak
Mahallah al-Faruq, salah satu daripada 17 kolej kediaman wujud di Kampus Gombak
Mohammad Hashim Kamali, profesor undang-undang Islam di AIKOL dan ISTAC (1985-2007), Ketua Pegawai Eksekutif Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (sejak 2007)