Samsudin Osman

Yang Berbahagia Tan Sri
Samsudin Osman
PMN, PSM; SUMW (WP); SPDK (Sabah); DPPN (PP); SJMK (Kelantan); SPMS (Selangor); PNBS (Sarawak); DGSM (Melaka); SPMP (Perak); DPMJ (Johor); DHMS (Kedah)
Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Menyandang jawatan
1 Julai 2022
CanselorTunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
Didahului olehMohd Daud Bakar
Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Dalam jawatan
1 Februari 2008 – 30 April 2020
TimbalanSiti Zauyah Md Desa
Ketua Pegawai EksekutifTunku Alizakri Raja Muhammad Alias
Didahului olehAbdul Halim Ali
Digantikan olehAhmad Badri Mohd Zahir
Ketua Setiausaha Negara
Dalam jawatan
1 Februari 2001 – 3 September 2006
RajaSultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj
Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalulail
Perdana MenteriMahathir Mohamad
Abdullah Ahmad Badawi
Didahului olehAbdul Halim Ali
Digantikan olehMohd Sidek Hassan
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia
Dalam jawatan
15 Disember 1998 – 31 Januari 2001
Didahului olehTan Sri Dr. Mazlan Ahmad
Digantikan olehTan Sri Ahmad Jamaluddin Damanhuri
Maklumat peribadi
Lahir
Samsudin bin Osman

(1946-03-03) 3 Mac 1946 (umur 78)
Johor Bahru, Johor, Malayan Union (kini Malaysia)
Tempat belajarUniversiti Malaya BA (Hons)
Pennsylvania State University Master of Public Administration

Tan Sri Samsudin bin Osman (lahir 3 Mac 1946 di Johor Bahru, Johor) merupakan bekas Ketua Setiausaha Negara Malaysia dari 2001 hingga 2006.

Samsudin juga memegang jawatan pengerusi Kwasa Land Sdn. Bhd., syarikat yang menjadi tulang belakang kepada projek hartanah Kwasa Damansara.

Pendidikan

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian dari Universiti Malaya dan juga Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dari Pennsylvania State University, Amerika Syarikat.

Pada 15 Mei 1971, beliau mengikuti Kursus Diploma Pentadbiran Awam di Universiti Malaya.

Kerjaya

Kerjaya beliau bermula pada 15 Oktober 1969 sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Perkhidmatan Dalam dan Luar sebagai Penolong Setiausaha Di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia. Kemudian Pegawai Tadbir PDL, Tetap (28 April 1969); PTD Sementara Di JPA Malaysia (28 April 1969); PTD, PSU, JPA (15 Oktober 1969); Setiausaha Sulit Khas Kepada KSN JPM (KUP) (3 Ogos 1977); PP (Perjawatan) JPA (29 Februari 1972); Penolong Pengarah Perjawatan Anggaran 9 PTD (9 Oktober 1972).

Mulai 2 April 1973 beliau dilantik sebagai KPP (Perjawatan) JPA (Mg. Kanan) (KUP); pindah ke Jabatan Perdana Menteri sebagai Setiausaha kepada KSN, Ptd Tkt.Tertinggi G (3 Ogos 1977); PTD dan Diplomatik Tingkatan Tertinggi G (15 Oktober 1976); KPP (Perjawatan), JPA (Mg.G) (1 Jun 1975) dan pada 1 Disember 1979 sebagai Setiausaha Sulit Kepada KSN, JPM (Mg. F).

  • 02 Sep 2006 Bersara
  • 01 Feb 2001 Ketua Setiausaha Negara
  • 07 Jun 1999 Memangku Turus I
  • 15 Dis 1998 KPPA (M Utama Turus II)
  • 15 Dis 1998 Kenaikan Pangkat Turus II
  • 08 Sep 1996 KSU Kementerian Dalam Negeri
  • 08 Sep 1996 Kenaikan Pangkat Ke Gred Utama Turus III
  • 01 Sep 1994 KSU Kem Pdgn Dlm Negeri & H/Ehwal Pengguna
  • 01 Sep 1994 Kenaikan Ke Gred Utama 'A'
  • 16 Sep 1992 Setiausaha Persekutuan Sabah (Mg.B)(KUP)
  • 16 Sep 1992 Kenaikan Pangkat Ke Gred Utama B
  • 01 Mei 1990 Setiausaha Persekutuan Sabah
  • 01 Mei 1990 Kenaikan Pangkat Ke T/T C
  • 16 Jan 1989 TKSU (Perancangan), Kem.Pengangkutan
  • 01 Jun 1987 TKSU Kem. Pengangkutan
  • 01 Jun 1987 Kenaikan Pangkat Ke T/T D
  • 01 Apr 1986 TP (Akademik) Intan JPA
  • 01 Ogos 1985 TP (Pengurusan) Intan
  • 01 Mac 1984 Ketua Pusat Kewangan & Akaun Intan (KUP)
  • 01 Apr 1983 Kenaikan Pangkat Ke T/T E
  • 01 Apr 1983 Dinaikkan Pangkat Ke Ptd Tkt. Tertinggi E
  • 03 Apr 1982 Ketua Pusat Pengurusan Kewangan Dan Perakaunan Intan
  • 03 Apr 1982 Bertukar Dari Jaw. Kump. JPA Sbg. Ketua Pst KPA. (Pusaka) Intan
  • 01 Ogos 1980 Mengikuti Kursus MPA Di Univ. Pennsylvania USA
  • 01 Feb 1980 Kenaikan Pangkat Ke T/T F
  • 01 Feb 1980 Dinaikkan Pangkat Kejaw. Ptd Dan Diplomatik Tkt. Tertinggi 'F'