MARA Japan Industrial Institute (singkatan MJII, dahulu dikenali sebagai Kolej Kemahiran Tinggi MARA Beranang (KKTMBeranang)) merupakan sebuah kolej kemahiran tinggi di bawah pengurusan Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) MARA. KKTMBeranang mula dibina pada tahun 2004 dengan keluasan 22 ekar. KKTMBeranang mula beroperasi pada Jun 2008 dan memulakan sesi akademik pada Januari 2009.
Sejarah
KKTMBeranang mula tertubuh kerana keperluan gunatenaga mahir negara, memberikan kelainan berbanding pusat-pusat lain di mana program yang dilaksanakan adalah bertaraf kejuruteraan dengan memfokuskan kepada teknologi terkini.
Bahasa Jepun diperkenalkan dalam silibus sebagai bahasa kedua selepas Bahasa Inggeris.
Pada 19 September 2012, Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju untuk mengubah nama KKTMBeranang kepada MARA Japan Industrial Institute (MJII).
Visi dan Misi
Visi
MJIIBeranang, dengan penuh semangat berazam bersungguh-sungguh untuk menjadikan kolej ini sebagai kolej pilihan untuk menghasilkan teknologi separa profesional dan usahawan-usahawan dalam bidang kejuruteraan elektronik untuk memenuhi kehendak industri dan masyarakat.
Misi
Untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan industri dan latihan kemahiran praktikal ke arah budaya kerja Jepun dan usahawan yang berjaya.
Program Pengajian
Program utama
5 Program Diploma Kejuruteraan Elektronik yang dijalankan di MJII telah diakreditasi oleh MQA - The Malaysian Qualifications Agency (Agensi Kelayakan Malaysia) bagi pelajar MJII yang bergraduat mulai 23 Mei 2011, dan juga Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),[1]
Diploma Kejuruteraan Elektronik (Sistem Terbenam) (MQA/FA1061)
Diploma Kejuruteraan Elektronik (Transmisi Data & Rangkaian) (MQA/FA1059)
Diploma Kejuruteraan Elektronik (Mikroelektronik) (MQA/FA1060)
Diploma Kejuruteraan Elektronik (Pengukuran Elektronik & Kawalan) (MQA/FA1063)
Diploma Kejuruteraan Elektronik (Robotik & Automasi) (MQA/FA1062)
Program Pendidikan Tinggi Malaysia - Jepun (MJHEP)
Program ini adalah pengajian yang dikelola oleh Ketua Pengarah Mara, Datuk Ibrahim Ahmad MJHEP iaitu Yayasan Pelajaran Mara (YPM) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang dijalankan di MJII. Bahasa utama dalam pengajian ini adalah bahasa Jepun.[2]
Program Biasiswa Pengajian ke Jepun
Pelajar-pelajar MJHEP dan MJII boleh menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di 22 buah universiti di Jepun dalam bidang yang sama. Mereka akan menyambung pengajian di 11 buah universiti awam dan 11 universiti swasta.[3]
Tuan Rumah
MJII sentiasa menjadi tempat untuk melaksanakan program-program besar berkaitan MARA.[4]
Hari Raya peringkat MARA 2012, dirasmikan oleh Datuk Seri Mohd Shafie bin Haji Apdal.
Pertandingan rekacipta & inovasi MARA peringkat IPMA seMalaysia kali ke 10
Program tanaman pokok sempena hari MARA ke 46, kerjasam MJII-OISCA-OIMC, dirasmikan oleh ketua pengarah MARA
Majlis menandatangani memorandum persefahaman antara MARA dan Brunel University, UK[5]
Mesyuarat jawatankuasa sector pendidikan MARA, dipengerusikan oleh YB Ahli Majlis dan Pengurusan kanan MARA
Taklimat promosi 100 kaunselor anjuran unit promosi
JAD Robocon 2012, JAD-YPM
Program perkongsian pengalaman oleh icon usahawan remaja dari United Kingdom, anjuran MARA
Geek Matsuri anjuran MJII
Ceramah perniagaan internet oleh En. Irfan Khairi - MJII
Taklimat bagi program Master (sc) & PhD (sc) , UTM
Taklimat promosi sempena program My Talent, Pejabat pendidikan Daerah Hulu Langat