Sultan Abdul Jamal Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin Shah (mangkat 1575) ialah Sultan Pahang kesembilan yang memerintah pada tahun 1560 hingga 1575.
Dikenali sebagai Raja Jamal sebelum memerintah, baginda merupakan anakanda kedua sultan ketujuh, Sultan Zainal Abidin Shah menerusi pasangannya, Raja Putri Dewi, anakanda Sultan Melaka terakhir, Sultan Mahmud Shah.
Baginda memerintah bersama dengan adinda, Sultan Abdul Kadir Alauddin Shah.[perlu rujukan]