Beliau memangku jawatan Ketua Pengarah JAKIM selepas Dato' Haji Paimuzi Yahya meninggal dunia pada 2020
Datuk Haji Abdul Aziz Jusoh dilahirkan pada 8 November 1961 di Kelantan Darul Naim merupakan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia[1] yang telah dilantik pada 15 Januari 2021. Sebelum itu beliau merupakan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia[2] bermula 1 April 2020 [3] sehingga dilantik sebagai Ketua Pengarah JAKIM. Beliau menggantikan Dato' Haji Paimuzi Yahya yang meninggal dunia pada 8 Oktober 2020.