Sirajuddin bin Suhaimee (Jawi: سيراجوددين بن سوهايميcode: ms is deprecated ; lahir 18 Oktober 1967) ialah pegawai agama Islam di Malaysia. Beliau merupakan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang telah dilantik bermula 1 Oktober 2024.[1] Sebelum itu, beliau ialah timbalan ketua pengarah (dasar) JAKIM.[2]
Pendidikan
Sirajuddin ialah pemegang ijazah sarjana muda undang-undang syariah dari Universiti Kebangsaan Malaysia.[3] Beliau juga memegang ijazah sarjana teknologi maklumat dari Universiti Teknologi MARA dan ijazah doktor falsafah (PhD) sains komputer dari Universiti South Australia (UniSA).[3]
Kerjaya
Sirajuddin memulakan kerjaya perkhidmatan awamnya sebagai penolong pengarah dakwah di Jabatan Agama Islam Selangor pada 2 Januari 1992.[3] Beliau pernah dilantik sebagai pengarah kanan bahagian penyelidikan JAKIM,[4] pengarah bahagian pengurusan halal JAKIM dan setiausaha pertama (halal) di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra, Australia.[3]