YB Datuk Masiung Banah ialah seorang Ahli politik Malaysia yang berasal dari Kuamut, Sabah, Malaysia Timur. Beliau adalah Ahli Dewan Undangan Negeri - ADUN PGRS Kuamut yang menjadi penyelaras Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Kinabatangan bersama-sama dengan Juhari Janan (PGRS Sukau) dan Abu Bakar Gapar (PGRS Lamag). Beliau ialah penyandang DUN Kuamut sejak Pilihan raya umum Malaysia 2008 dan satu-satunya ADUN Bebas pada tahun 2021 yang memilih gabungan parti politik sebagai parti utama beliau dengan menjadi Ahli terus GRS sehingga tahun 2023 iaitu tahun dimana beliau memilih Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN) sebagai parti tetap dan utama beliau. Beliau telah rasmi dilantik sebagai ketua penyelaras Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Kinabatangan pada tahun 2022 dan dipersetujui dalam mesyuarat agung tahunan GRS menjadikan beliau sebagai satu-satunya ahli terus dalam GRS yang mendapat jawatan penyelaras GRS daerah. Beliau juga turut dilantik sebagai salah satu naib presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN) pada tahun 2023 selepas penyertaan beliau ke dalam Parti Gagasan Rakyat Sabah. Selain itu, Beliau juga dilantik sebagai Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah Dun Kuamut selepas Ationg Tituh yang merupakan penyandang pertama ketua bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah Dun Kuamut dan juga pengasas parti berkenaan.