Nizam Abu Bakar Titingan

Nizam Abu Bakar Titingan
PGDK (Sab); KMN
Pembantu Menteri
kepada Ketua Menteri Sabah
Menyandang jawatan
26 Oktober 2022
Berkhidmat with Abidin Madingkir
Ketua MenteriHajiji Noor
Didahului olehWetrom Bahanda
Pembantu Menteri Kewangan Sabah
Dalam jawatan
8 Oktober 2020 – 16 Oktober 2022
Berkhidmat with Jasnih Daya
Didahului olehKenny Chua Teck Ho
Saripuddin Hatta
Digantikan olehJulita Mojungki
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah
bagi Apas
Menyandang jawatan
2018
Didahului olehTawfiq Abu Bakar Titingan
Maklumat peribadi
Lahir (1966-11-07) 7 November 1966 (umur 58)
Tawau, Sabah, Malaysia
Parti politik GAGASAN (Sejak 2023)
BERSATU (2020-2022)
BERSATU (2019-2020)
UMNO (-2019)
PasanganDatin Wahida Mardiana Norsalim
PertalianAhmad Bahrom Abu Bakar Titingan (Abang)
Tawfiq Abu Bakar Titingan (Abang)
Ibu bapaDatin Seri Panglima Hajah Kee Hafsah Kee Sulaiman
Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar Titingan Damsani

Yang Berhormat Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar Titingan adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah untuk Apas.[1] Beliau adalah mantan Naib Ketua UMNO Bahagian Tawau, Sabah dan juga bekas Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman.[2] Pada 5 Februari 2023, beliau menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN) dan dilantik sebagai Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah serta ketua Parti GAGASAN untuk bahagian Apas.[3]

Keluarga

Beliau adalah anak kepada Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan,[4] seorang tokoh Melayu-Tawau di Sabah yang pernah dilantik sebagai Naib Pengerusi USNO Sabah serta Setiausaha PKMT Sabah. Abang beliau, Datuk Tawfiq adalah bekas Menteri Belia dan Sukan Sabah dan ADUN Apas selepas meninggal dunia pada 2018 lalu.[5]

Politik

Beliau adalah antara pemimpin UMNO di Sabah sehingga 2019. Selepas Barisan Nasional mengalami kekalahan pada PRU 14, beliau dan beberapa orang ahli UMNO telah bertindak untuk keluar dari UMNO.[6]

Mereka kemudiannya telah menyertai BERSATU, sebuah bekas parti komponen dalam Pakatan Harapan dan seterusnya parti komponen dalam Perikatan Nasional.[7]

Pada 5 Februari 2023, Beliau bersama-sama dengan rakan seperjuangannya telah menyertai secara rasmi sebuah parti tempatan Sabah iaitu Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN), sebuah parti komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Beliau dan rakan seperjuangannya telah keluar dari BERSATU pada bulan Disember 2022 yang lalu dan mengumumkan untuk mengambil-alih GAGASAN pada 29 Januari 2023. Beliau rasmi dilantik menjadi Ketua Penerangan Parti GAGASAN selepas Mesyuarat Agung parti berkenaan yang berlangsung pada 5 Februari 2023 sekaligus dilantik menjadi Ketua Cawangan Parti GAGASAN Apas.[8]

Pautan luar

Rujukan

  1. ^ Maklumat calon DUN Apas, Sabah
  2. ^ Kadar kemiskinan Sabah turun, kata ketua setiausaha politik Musa
  3. ^ "Hajiji is president of Parti Gagasan Rakyat Sabah". 5 February 2023.
  4. ^ Salasiah keluarga
  5. ^ Menteri Belia dan Sukan Sabah meninggal dunia
  6. ^ 13 wakil rakyat UMNO Sabah, termasuk pengerusi negeri keluar parti
  7. ^ 5 Ahli Parlimen, 8 ADUN dari Sabah serah borang BERSATU
  8. ^ "Hajiji is president of Parti Gagasan Rakyat Sabah". 5 February 2023.