Yang Amat BerhormatDato' SeriIr.Dr.Ahmad Samsuri Mokhtar (Jawi: احمد سمسوري بن مختارcode: ms is deprecated , lahir 16 November 1970) yang lebih dikenali sebagai Dr Sam, merupakan Menteri Besar Terengganu yang ke-15 sejak 2018. Pelantikan beliau telah diperkenan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu di hadapan Sultan TerengganuSultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu pada 10 Mei 2018 menggantikan Dato' Seri Haji Ahmad Razif Abdul Rahman.[1]
Pendidikan
Doktor Falsafah (Ph.D) Kejuruteraan Mekanikal (Pencucuhan dan Pembakaran Aeroenjin, Kegagalan Mesin Altitud Tinggi), Universiti Of Leeds, United Kingdom (2001)
Sarjana Kejuruteraan Mekanikal (Pembakaran dan Tenaga), Universiti Of Leeds, United Kingdom (1996)
Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dan Bahan, Universiti Kebangsaan Malaysia (1993)
Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (1983-1987).
Kerjaya
Menteri Besar Terengganu, Pengerusi Jawatankuasa Perancang, Kewangan dan Pelaburan, Tanah dan Sumber Asli Negeri Terengganu (9 Mei 2018 hingga kini)
Ahli Parlimen Kemaman (2 Disember 2023 hingga kini)
ADUN Rhu Rendang (9 Mei 2018 hingga kini)
Setiausaha Politik kepada Presiden Pas (2008-2018)
Professor in Practice. Universiti Selangor Darul Ehsan (UNISEL)
Professor Madya, Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, Fakulti Kejuruteraan, UPM, 2006-2008
Pensyarah, Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, Fakulti Kejuruteraan, UPM.2001-2006
Ketua Jabatan, Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, Fakulti Kejuruteraan, UPM, 2003-2008
Pegawai Penyelidik, Fakulti Kejuruteraan, USM. 1994-1995
Penganalis Kejuruteraan Aeroangkasa, Tragedi MH370 & MH17 :- TV1,TV2, Astro Awani, TV Hijrah, Bernama TV, Radio lKlM fm
Penasihat, Jawatankuasa Bidang Strategik (Aeroangkasa) Kementerian Pengajian Tinggi, (Penasihat kepada Menteri Pengajian Tinggi dan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi) : Feb 2007-Jan 2009
Pengerusi, Jemaah Dekan Program Aeroangkasa, Kementerian Pengajian Tinggi. Malaysia: Feb 2007-Jan 2009
Ketua Delagasi Teknikal IPTA Malaysia. Jawatankuasa Kebangsaan Panel Program Aeroangkasa ke China (China National Space Agency) Korea (Korean Space Agency) Jepun (Japan Space and Exploration Agency)
Mewakili IPTA Malaysia ke Persidangan National Aeronautics and Astronautics (NASA) International Conference. Washington, 2006
Politik
Naib Presiden Pas (21 Jun 2019 - Kini)
Ketua Pengarah Pilihanraya Pas Pusat (2017-2019)
Timbalan Pengerusi Pas Humanitarian Affairs and Relief (2017 hingga kini)
Timbalan Pengerusi Lajnah Antarabangsa dan Hubungan Luar Pas Pusat (2015-2017)
Setiausaha Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan Pas Pusat (2013-2015)
Ahli Jawatankuasa Lajnah Politik dan Pilihanraya Pas Pusat (2009 hingga kini)
Timbalan Pesuruhjaya Badan Perhubungan Pas Terengganu
Yang Dipertua Pas Kawasan Marang
Angkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu
Ketika Menteri Besar dan 10 EXCO Terengganu dijadual mengangkat sumpah di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin malam itu, Pesuruhjaya PAS Negeri, Datuk Husein Awang tidak menamakan siapa Menteri Besar dan EXCO terbabit. Sebaliknya, beliau menyatakan bahawa pihak media boleh mengetahuinya sekiranya pandai mencarinya selepas majlis angkat sumpah yang mungkin mengambil masa hingga dua jam.[2] Sebelum ini dilaporkan bahawa PAS mencongak tiga nama untuk dilantik sebagai Menteri Besar termasuklah Dr Ahmad Samsuri. Khabar angin nama Dr Ahmad Samsuri Mokhtar selaku Setiausaha Politik Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sejak 2008 bertiup kencang dalam kalangan kepimpinan parti itu sebelum ini. Ahmad Samsuri yang juga bekas pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM) dan pakar aeroangkasa terpilih antara calon Menteri Besar dalam usaha parti itu menampilkan generasi kepimpinan baharu di negeri itu dengan menggembleng tenaga teknokrat dan ulama. Akhirnya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar diangkat sebagai Menteri Besar Terengganu setelah mengangkat sumpah di hadapan baginda Sultan Mizan Zainal Abidin.
Kerajaan: (23)▌Parti Islam Se-Malaysia (23) Pembangkang: (10)▌Barisan Nasional (10) Keanggotaan Ahli Dewan Negeri dan Dewan Ahli Undangan Negeri di Malaysia mengikut bilangan Parlimen