Yang Amat BerhormatMenteri Besar Johor (Jawi: منتري بسر جوهرcode: ms is deprecated ) ialah ketua kerajaan bagi negeri Johor Darul Takzim. Menteri Besar Johor dilantik oleh Sultan Johor dalam kalangan ahli Dewan Negeri Johor yang mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Negeri Johor pada hemat Sultan Johor. Menteri Besar Johor juga merupakan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor yang turut dianggotai oleh ahli Dewan Negeri Johor yang lain.
Zaman Temenggong Daeng Ibrahim
Pada tahun 1855, Temenggong Daeng Ibrahim menjadi pemerintah Johor selepas baginda dan Sultan Ali Iskandar Shah menandatangani Perjanjian 1855. Baginda telah menubuhkan tiga pejabat di kediamannya iaitu Istana Bukit Aur untuk menguruskan pentadbiran Johor yang berpusat di Teluk Belanga, Singapura.[1]
Tiga pejabat tersebut ialah:
Pejabat Temenggong untuk Temenggong Daeng Ibrahim
Pejabat Waris untuk anakanda Temenggong Daeng Ibrahim iaitu Ungku Abu Bakar (kemudian Sultan Abu Bakar)
Pejabat Menteri (mempunyai peranan dan tanggungjawab yang sama seperti Menteri Besar)[2]
Abdullah bin Tok Muhammad Tahir yang berketurunan Bendahara Johor dan Bendahara Melaka telah dilantik menjadi Menteri kepada Temenggong Daeng Ibrahim dan beliau mengetuai Pejabat Menteri.[3]
Selepas Abdullah atau Encik Long Menteri meninggal dunia, dipercayai bahawa jawatan Menteri dikosongkan. Pada zaman Sultan Abu Bakar, jawatan Menteri ditukar kepada Menteri Besar. Anak saudara kepada Encik Long Menteri iaitu Dato’ Jaafar bin Haji Muhammad telah dilantik menjadi Menteri Besar Johor pertama pada tahun 1886.[4]
Senarai Menteri Besar Johor
Berikut merupakan senarai Menteri Besar Johor sejak 1886:[5][6][7]
^Kolum ini hanya menamakan parti politik Menteri Besar. Kerajaan negeri yang dipimpinnya mungkin merupakan gabungan kompleks yang terdiri daripada beberapa parti politik dan bebas; itu tidak disenaraikan di sini.
Trivia
• Dato’ Jaafar bin Haji Muhammad ialah Menteri Besar Johor pertama dan beliau berkhidmat sebagai Menteri Besar Johor yang paling lama iaitu selama kira-kira 33 tahun. Beliau mempunyai tiga orang anak yang juga berkhidmat sebagai Menteri Besar Johor iaitu Menteri Besar Johor ke-3 Dato’ Abdullah bin Jaafar, Menteri Besar Johor ke-4 Dato’ Mustapha bin Jaafar dan Menteri Besar Johor ke-7 Dato’ Onn bin Jaafar.
• Dato’ Mohamed bin Mahbob ialah Menteri Besar Johor ke-2 dan ketika beliau berkhidmat dalam Jabatan Pelajaran Johor, beliau dan Mohd Khalid bin Haji Abdullah Munsyi telah menguatkuasakan enakmen pelajaran yang mewajibkan ibu bapa atau penjaga menghantar anak-anak mereka yang berumur 7 hingga 16 tahun ke sekolah dan mereka akan didenda sebanyak RM25.00 atau dipenjara selama tiga bulan sekiranya mereka gagal berbuat demikian.
• Dato’ Abdul Hamid bin Yusof ialah Menteri Besar Johor ke-5 dan beliau merupakan anak saudara kepada Dato’ Jaafar bin Haji Muhammad dan sepupu kepada Dato’ Abdullah bin Jaafar, Dato’ Mustapha bin Jaafar dan Dato’ Onn bin Jaafar.
• Dato’ Onn bin Jaafar ialah Menteri Besar Johor ke-7 dan beliau merupakan Pengasas dan Presiden pertama UMNO.
• Dato’ Wan Idris bin Wan Ibrahim ialah Menteri Besar Johor ke-9 dan beliau berketurunan Raja Temenggung Muar di mana beliau merupakan piut (great-great-grandson) kepada Raja Temenggung Muar ke-3 Temenggung Engku Burok bin Temenggung Engku Sa’Amar Diraja.
• Tan Sri Hassan bin Yunus ialah Menteri Besar Johor ke-10 dan Menteri Besar Johor pertama yang dilantik melalui sistem Pilihan Raya Umum. Beliau juga merupakan Mufti Johor ke-5 dan salah seorang daripada Orang Tujuh Muar yang berjaya meyakinkan Sultan Ibrahim supaya membatalkan dan menarik balik surat perjanjian dengan pihak British untuk menubuhkan Malayan Union.
• Tan Sri Othman bin Mohamed Saat ialah Menteri Besar Johor ke-11 dan beliau terlibat dalam penubuhan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor (kini dikenali sebagai Perbadanan Johor) dan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) serta perancangan Projek Pembangunan Lembaga Pelabuhan Johor yang dikenali sebagai Pelabuhan Pasir Gudang dan pembukaan penempatan-penempatan baru melalui Tanah Rancangan FELDA dan FELCRA di Johor.
• Dato’ Sahruddin bin Jamal ialah Menteri Besar Johor ke-17 dan beliau berkhidmat sebagai Menteri Besar Johor yang paling singkat iaitu selama 321 hari.
• Dato’ Hasni bin Mohammad ialah Menteri Besar Johor ke-18 dan beliau merupakan bekas Ketua Pembangkang Johor pertama yang dilantik sebagai Menteri Besar Johor selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan pada tahun 2020.
• Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi ialah Menteri Besar Johor ke-19 dan beliau merupakan cicit kepada Dato’ Onn bin Jaafar dan piut (great-great-grandson) kepada Dato' Jaafar bin Haji Muhammad.
Senarai bekas Menteri Besar Johor yang masih hidup
Beliau juga merupakan Perdana Menteri Malaysia pertama yang mempunyai dua kerusi di dewan perundangan, iaitu kerusi Dewan Rakyat Malaysia untuk Pagoh dan kerusi Dewan Negeri Johor untuk Gambir (9 Mei 2018 hingga 22 Januari 2022).
^"Johore". WorldStatesmen.org. Dicapai pada 15 April 2011.
^M.A. Fawzi Mohd. Basri, (1972) Datuk Jaafar Haji Mohamad D.K., S.P.M.J., C.M.G., Menteri Besar Johor yang pertama 1886-1919. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 02 . pp. 1-6. ISSN 2180-0251