Yang Berbahagia Tan Sri Haji Abdul Aziz bin Haji Mohd Yassin, PSM, KMN, PJK, (27 Oktober 1932 – 6 Disember 2022) adalah bekas Ahli Parlimen Muar (1995–1999).[1] Beliau adalah abang kepada Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sebelum menyertai politik, beliau adalah pegawai tinggi kerajaan.
Keluarga
Beliau adalah salah seorang daripada 47 orang anak kepada Tuan Guru Haji Muhammad Yassin bin Muhammad bersama 4 orang isteri, termasuklah ibu beliau, Hajah Khadijah binti Haji Kassim. Adik beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin, adalah Perdana Menteri Malaysia ke-8, manakala Tun(Dr)HajiAbdul Aziz Abdul Majid, adalah bapa mentua beliau.
Beliau merupakan anak kedua daripada 10 orang adik beradik. Kakak beliau, Hajah Norani, adik-adik-adik beliau, Ismail, Shaarani, Abdullah dan Fadhillah telah kembali ke Rahmatullah. Adik-beradik beliau yang masih hidup, termasuklah Datin Rohana, Tan Sri Mahiaddin, Sahid dan Fatimah.