Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof (lahir 14 April 1957) atau lebih dikenali sebagai Pak Wan kini merupakan bekas penyandang jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) pada 10 Mac 2020 hingga 16 Ogos 2021. Beliau juga pernah menjadi Menteri Pembangunan Usahawan[2] yang telah mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Muhammad V pada 2 Julai 2018 di Istana Negara.
Pendidikan
Beliau ialah lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari Leeds University, United Kingdom.
Kerjaya
1982-1990 - Jurutera tapak Esso Malaysia Berhad
1990-1993 - Jurutera Petronas Carigali Sdn Bhd
2014-kini - Pengarah Bukit Fraser Thermal Technologies Sdn Bhd
2022-kini - Pengerusi Bukan Eksekutif Boustead Holdings Berhad
Kemudian, beliau telah dilantik dalam Kabinet Malaysia 2018 sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi selaku Ahli Parlimen Alor Gajah.
Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia dari tahun 2016 hingga tahun 2020 lalu. Beliau juga merupakan bekas Ketua Bahagian BERSATU Masjid Tanah sebelum ditewaskan oleh Mas Ermieyati Samsudin.[4]