YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Ahli Parlimen Lenggong.
Pada 31 Januari 2008, di dalam Majlis Anugerah Belia Negara 2007, beliau pernah dinobatkan Tokoh Belia Lelaki 2007 bersama-sama dengan Datuk Suraya Yaacob yang dinobatkan Tokoh Belia Wanita 2007.
Anak jati Lenggong ini dilahirkan pada 1 Jun 1967 telah mendirikan rumah tangga bersama Datin Hamisah Hussin.
Berpengalaman luas dalam bidang politik, beliau dilantik Ketua Penerangan UMNO Malaysia sejak 2018 dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Shamsul Anuar daripada Barisan Nasional menang dengan mendapat 12,523 undian ketika menentang Muhammad Mujahid Mohammad Fadzil daripada parti Pas yang mendapat 6,750 undi dengan majoriti undi sebanyak 5,773.
Kerjaya:
Menteri Tenaga dan Sumber Asli bermula pada 10 Mac 2020
Ahli Parlimen Lenggong (2018 hingga kini)
Pengerusi PTPTN (2013 hingga 2018)
Setiausaha Sulit Menteri Pembangunan Usahawan (1999 hingga 2004)
Guru (1992 hingga 1999)
Jawatan disandang dalam politik:
Ketua Penerangan UMNO Malaysia (2018 hingga kini)
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia (kini)
AJK Biro Penerangan UMNO Malaysia (2009 hingga 2014)
Pengerusi Belia Biro Sukan Pemuda UMNO Malaysia (2004 hingga 2009)
EXCO Pemuda UMNO Malaysia (2004 hingga 2009)
Naib Ketua UMNO Bahagian Lenggong (2008)
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Chenderoh (2000 hingga 2004)
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lenggong (2004 hingga 2008)
Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Chenderoh (1998 hingga 2000)
AJK UMNO Bahagian Chenderoh (1998 hingga 2000)
AJK Pemuda UMNO Bahagian Chenderoh (1996 hingga 1998)
Pendidikan:
Pencapaian akademik:
Ijazah Peringkat Doktor Falsafah (Phd) Pengurusan Pembangunan di Pusat Pengajian Kerajaan GOLGIS Universiti Utara Malaysia (UUM)
Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam College of Law, Government and International Studies Universiti Utara Malaysia (UUM)
^"Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 Malaysian general election.
^"KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
^"SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 17 May 2018.CS1 maint: unrecognized language (link) Percentage figures based on total turnout.