Sebelum ini, beliau telah diberi tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (8 Mac 2008 - 3 April 2009) serta Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (9 April 2009 - 5 Mei 2013). Beliau merupakan wanita Sarawak pertama untuk mengetuai suatu kementerian penuh, iaitu Kementerian Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (16 Mei 2013 - 10 Mei 2018).[1][2]
Kehidupan awal
Beliau dilahirkan pada 3 Januari 1955 di Simanggang (kini dikenali sebagai Sri Aman), Sarawak. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist, Sibu. Beliau telah meneruskan pendidikan atasan di Universiti Pertanian Malaysia dalam bidang perusahaan agro. Beliau kemudiannya kembali melanjutkan pengajian beliau sehingga memperolehi Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) dari Ohio University, Athens, Amerika Syarikat. Beliau mempunyai tiga orang cahaya mata.
Penglibatan di dalam politik
Menjadi Ahli Parlimen dan Menteri Kabinet
Pada pilihan raya umum 1990, YB. Dato' Rohani telah dipilih sebagai calon dan telah memenangi kerusi Parlimen Santubong.
Pada pilihan raya umum 1994 dan 1999, beliau masih mampu untuk mempertahan Kerusi Parlimen Santubong. Pada pilihan raya umum 2004 pula, beliau telah bertukar kawasan bertanding ke Batang Lupar,Sri Aman Sarawak, iaitu tempat beliau dilahirkan, dan menang tanpa bertanding.
Sekali lagi beliau berjaya memenangi kerusi parlimen Batang Lupar menentang wakil dari parti PAS pada pilihan raya umum 2008 dengan 70 peratus undi memihak kepada beliau. Kemudiannya beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani oleh Perdana Menteri ke-5 Malaysia, iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Pada 9 April 2009, Perdana Menteri ke-6 Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang baharu saja memegang pucuk pimpinan negara ketika itu telah mengamanahkan beliau untuk mengambil alih tugas Tan Lian Hoe selaku Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Beliau terkenal dengan personaliti mesra rakyat di kawasan Batang Lupar. Walaupun sentiasa berada di Semenanjung Malaysia demi melaksanakan tugas beliau sebagai Timbalan Menteri sebelum ini, namun itu tidak memberikan alasan kepada beliau untuk sentiasa menziarah rakyat - rakyat di kawasan Batang Lupar. Beliau juga seorang yang mesra IT kerana sering mengemaskini laman twitter[3] serta laman facebook[4].
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2013, Rohani Abdul Karim bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan Batang Lupar, negeri Sarawak. Rohani Abdul Karim telah menang dengan mendapat undi sebanyak 15,625.
Calon lawan ialah Abang Zulkifli bin Abang Engkeh dari Parti Keadilan Rakyat Pakatan Rakyat yang hanya mendapat 4,661 undi - Kalah.
Garis masa sebagai Ahli Parlimen
Garis masa sebagai Ahli Parlimen yang telah berkhidmat selama lebih daripada 30 tahun