Beliau pernah memegang jawatan sebagai ahli parlimen Bachok, Kelantan dari 16 Julai 2018 hingga 10 Oktober 2022 dan beliau juga menyandang ahli parlimen Pasir Mas, Kelantan dari 5 Mac 2013 hingga 9 Mei 2018.
Pendidikan
Nik Abduh dilahirkan pada 22 Mac 1970. Mula menuntut ilmu di Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat, Kota Jembal. Melanjutkan pendidikan menengah rendah di Madrasah Darul Anuar dan Maahad Muhammadi (Sekolah Lelaki). Selepas tamat belajar, beliau menyambung pelajarannya di dalam bidang keagamaan di Nadwatul Ulama Lucknow, India dan Darul Uloom, Deoband, India serta Universiti Al Azhar, Kaherah, Mesir.
Kerjaya
Selepas tamat belajar, beliau menjawat jawatan sebagai seorang pendidik :
Maahad Muhammadi (sekolah lelaki) pada tahun 1995 (selama 7 bulan)
Maahad Muhammadi (sekolah perempuan) (1997-1998)
Guru penolong kanan 1 (GPK1) di Maahad Darul Anuar (1998-1999)
Mudir di Maahad Darul Anuar (2000-2002)
Mudir di Akademi Nun Berhad (2003)
Pengetua di Maahad Tahfiz dan Pengajian Ugama Nikmatillah (2004 – 2007).
Beliau bertanding buat pertama kali dalam pilihanraya pada Pilihanraya Umum Ke 13 pada tahun 2013 di kerusi P.022 Pasir Mas dan memenangi mengalahkan Calon Bebas Dato' Ibrahim Ali.
Kini Ustaz Nik Mohamad Abduh menjawat jawatan Ahli Parlimen Bachok setelah memenangi dalam Pilihanraya Umum Ke 14 lalu dengan mengalahkan Calon Barisan Nasional, Awang Adek Hussin dan Calon Pakatan Harapan, Zulkifli Zakaria dengan majoriti 3,292.
Politik
Dalam arena politik, Ustaz Nik Abduh memegang beberapa jawatan di peringkat Pusat sehingga ke Cawangan.