Datuk Ali anak Biju (lahir 27 Januari 1968) adalah seorang ahli politik Malaysia mantan Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli bermula pada 10 Mac 2020. Beliau juga berkhidmat sebagai Ahli Parlimen (AP) Malaysia untuk kawasan Saratok dan ADUNDewan Undangan Negeri Sarawak (MLA) dua penggal bagi kawasan Krian. Beliau merupakan salah satu daripada tiga naib presiden PKR yang dilantik oleh presiden parti, Anwar Ibrahim dalam majlis kepimpinan pusatnya pada 2018 hingga 2021 dan duduk di Jawatankuasa Pilihan Hubungan Persekutuan. [2][3][4][5][6]
Pendidikan
Ali menamatkan pendidikan sekolah menengah di Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah, Kuching. Pada tahun 1992, beliau lulus dari Universiti Valparaiso, Chile dengan Sarjana Muda Sains dalam kejuruteraan awam. [7][8]