Antara fungsi Institut MASA termasuklah memberikan khidmat nasihat, penyelidikan, penerbitan, analisa data dan program pembangunan kapasiti dan keupayaan.[2]
Pada 1 September 2021, MASA telah melantik seorang CEO baharu iaitu En Azril Mohd Amin. Azril berpengalaman lebih 18 tahun sebagai pengamal undang-undang dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Beliau juga terbabit dengan penyelidikan terkemuka di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Azril juga pernah berkhidmat sebagai Pegawai Khas kepada bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di bawah portfolio dan dasar awam.
Ia ditubuhkan bagi mengukuhkan dan menyelaras pelaksanaan strategi-strategi dan pelan tindakan berkaitan dengan melalui kerjasama strategik merentasi sektor awam dan swasta agar segala inisiatif yang dirancang dapat dilaksanakan secara holistik dan bersepadu.