YB Tuan Mohd Akmal Kamarudin (Tulisan Jawi: محمد أكمال بن قمرالدين; lahir 1 Jun 1978) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai ADUN Selama.[1]
Kerjaya:
Guru
Jawatan dalam parti:
Setiausaha Pas Perak
Yang Dipertua Pas kawasan Larut
Ketua Dewan Pemuda Pas Perak
EXCO Dewan Pemuda Pas Malaysia
Jawatan dalam pertubuhan bukan kerajaan:
Presiden Persatuan Pelajar Malaysia Syria tahun 2006 hingga 2008.
Jawatan dalam agensi kerajaan:
ADUN Selama (2018-kini)
EXCO Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau (15 Disember 2020 hingga kini)
EXCO Agama Islam dan Penerangan (31 Mac 2020 hingga Disember 2020)
Pendidikan:
Ijazah Sarjana Muda Universiti Al Azhar, Mesir
Maahad Tahzib & Kuliyah Al Imam Al Auza'i, di Damsyik, Syria
Madrasah Islahiah Kampung Memali, Maahad Al-Ehya Asshariff, Gunung Semanggol
Madarasah Ridhuaniah, Teluk Medan
Pondok Siliau, Negeri Sembilan
Sekolah Rendah Agama Kuala Ketil
Latar belakang
Beliau merupakan menantu kepada Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Isteri beliau ialah Nusaibah binti Abdul Hadi. Bapa beliau ialah Tuan Guru Ustaz Kamaruddin Awang Basir, bekas Mudir Maahad Al Ehya Asshariff, Perak. Beliau melanjutkan pengajian rendah di Sekolah Rendah Agama Kuala Ketil, Kedah dan pernah belajar di Madrasah Islahiah Kampung Memali, Maahad Al-Ehya Asshariff, Gunung Semanggol, Perak; Madarasah Ridhuaniah, Teluk Medan; dan Pondok Siliau, Negeri Sembilan. Beliau juga melanjutkan pengajian di Kolej Islam Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah; dan di Universiti Al-Azhar Mesir bagi pengajian Sarjana Muda Syariah. Beliau juga pernah menuntut ilmu di Maahad Tahzib & Kuliyah Al Imam Al Auza'i, di Damsyik, Syria.