Nasrudin Hassan

Nasrudin Hassan
JMN
نصرالدين بن حسن الطنطاوي
Yang Dipertua
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
Menyandang jawatan
16 Julai 2020 - 3 Mei 2023
TimbalanMohd Fakhrudin Abdul Mukti
Didahului olehNik Omar Nik Abdul Aziz
Ahli Majlis Syura Ulamak PAS
Menyandang jawatan
2015
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Temerloh
Dalam jawatan
20132018
Didahului oleh Saifuddin Abdullah
Digantikan oleh Mohd Anuar Mohd Tahir
Kawasan pilihan rayaTemerloh
Ketua Penerangan PAS
Dalam jawatan
20152019
Didahului olehMahfuz Omar
Digantikan olehKamaruzaman Mohamad
Ketua Pemuda PAS Malaysia
Dalam jawatan
20092013
TimbalanNik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (2011-2013)
Azman Shapawi Abd Rani (2009-2011)
Didahului olehSalahuddin Ayub
Digantikan olehSuhaizan Kayat
Maklumat peribadi
Lahir (1970-11-24) 24 November 1970 (umur 54)
Kampung Batu 13, Besut, Terengganu
Parti politikPN PAS
PasanganWan Hamidah binti Wan Daud
Anak
  • Iffatul Munirah
  • Iffatul Hanan
  • Afif Syairazi
  • Afif Syaiban
  • Iffatul Widad
  • Afif Syaikhani
Ibu bapaHassan Tantawi bin Mohamad
Siti Mariah binti Derani
KediamanPahang Beserah, Pahang
PekerjaanAhli Politik, Pendakwah

Ustaz Haji Nasrudin bin Hassan Tantawi (Jawi: نصرالدين بن حسن الطنطاوي lahir 24 November 1970) adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan mantan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Dalam parti politik, beliau merupakan Ahli Majlis Syura Ulamak PAS[1] dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat[2].

Latar belakang

Nasrudin Hassan dilahirkan pada 24 November 1970 di Kampung Batu 13, Besut, Terengganu. Isterinya Wan Hamidah Wan Daud.[3] Nasrudin memulakan pelajaran di Sekolah Rendah Kebangsaan Felda Keratong 4 & 5, Pahang. Kemudian beliau menyambung pengajian menengah di Sekolah Menenengah Dato’ Mahmud Mat, Tanah Putih, Pekan, Pahang sebelum berpindah ke Negeri Sembilan. Di Negeri Sembilan beliau menyambung pengajian di Sekolah Menengah Dato’ Abdul Samad, Tanjung Ipoh, Kuala Pilah dan di Maahad Ittiba'i al-Sunnah, Kuala Pilah. Seterusnya beliau melanjutkan pengajian tradisi Islam di Madrasah ad-Diniah al-Bakriah atau lebih dikenali dengan nama Pondok Pasir Tumboh, Kelantan. Selanjutnya beliau meneruskan pengajian di Maahad Fathul Islami, Damsyik, Syria dan di Universiti Al-Azhar cawangan Tanta, Mesir.

Politik

Beliau pernah bertanding kerusi parlimen P086 Maran pada 2008 namun tewas kepada calon BN Ismail Abd Muttalib dengan 9,227 undi berbanding 15,868 undi (majoriti 6,641, atau 26%).

Pada 2013, Nasrudin Hassan bertanding atas tiket PAS (bawah Pakatan Rakyat) menentang calon BN Dato Saifuddin Abdullah, tokoh politik progresif minoriti dalam UMNO, di Parlimen Temerloh (P088). Dengan majoriti tipis (1.9%), beliau memenangi pilihan raya itu lantas menjadikannya Ahli Parlimen Temerloh.[4] Pada PRU 2018, beliau bertanding di parlimen Indera Mahkota (P082) atas tiket PAS dengan meraih hanya 17,515 undi dan tewas kepada calon PKR (Pakatan Harapan) Dato Saifuddin Abdullah yang meraih 28,578 undi atau majoriti 11,063 (17.4%). [5]

Keputusan pilihan raya

Parlimen

Tahun Bahagian Calon Undi Lawan Undi Majoriti
2008 Parlimen Maran Nasrudin Hassan (PAS) 9,227 Ismail Abd Muttalib (BN-UMNO) 15,868 6,641
2013 Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan (PAS) 28,267 Saifuddin Abdullah (BN-UMNO) 27,197 1,070
2018 Parlimen Indera Mahkota Nasrudin Hassan (PAS) 17,515 Saifuddin Abdullah (PH-PKR) 28,578 10,950
Johan Mat Sah (BN-UMNO) 17,628

Dewan Undangan Negeri (DUN)

Tahun DUN Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2004 Bukit Ibam Nasrudin Hassan PAS 3,808 Mohamad Sahfri Ab Aziz BN (UMNO) 6,980 3,172

Penulisan

  • Nasrudin Hassan (2020). Pra-Syarat Kemenangan Islam (ed. e-buku). Maju Demi Ummah Enterprise.
  • Nasrudin Hassan (2020). Feqh Keluarga Syurgawi (ed. e-buku). Maju Demi Ummah Enterprise.
  • Nasrudin Hassan (2020). 40 Hadis Perjuangan. Maju Demi Ummah Enterprise.
  • Nasrudin Hassan; Wan Hamidah Wan Daud (2019). Memburu Redha Allah. Maju Demi Ummah Enterprise. ISBN 9789671714300.
  • Nasrudin Hassan (2019). Syarah Lagu PAS. Maju Demi Ummah Enterprise. ISBN 9789671714317.
  • Nasrudin Hassan (Ogos 2012). Catatan Seorang Pejuang. VI Venture.
  • Nasrudin Hassan (Jun 2009). Bingkisan Fikrah Untuk Pejuang. Akedemi Ar Rasyidin.
  • Nasrudin Hassan (2008). Feqh Al-Haraki : Perjuangan.

Anugerah dan pengiktirafan

Darjah kebesaran

Isu dan kontroversi

Tarik balik kenyataan fitnah terhadap Lim Guan Eng

Pada 18 Jan 2016, kes saman Lim Guan Eng terhadap Ketua Penerangan PAS dan juga ahli Parlimen Temerloh, Ustaz Haji Nasrudin bin Hassan Tantawi berhubung fitnah mengenai projek pembinaan terowong dasar laut selesai selepas Nasrudin menarik balik kenyataannya terhadap Lim. Mahkamah turut memerintahkan Nasrudin membayar kos sebanyak RM10,000 kepada Lim. [7][8]

Pada 1 Okt 2014, Lim menfailkan saman terhadap Nasrudin dengan mendakwa defendan telah secara salah, sengaja dan berniat jahat menulis dan memuatnaik kenyataan tersebut dalam laman facebooknya.

Sifat zuhud dipersoal

Nasrudin Hassan pernah mengejutkan banyak pihak ketika ucapan penangguhan pada Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat di Kota Bharu tahun 2012 apabila mengumumkan kedudukan hartanya dengan hanya mempunyai simpanan tunai RM9,000 dalam akaun simpanan tetap.

Namun, beliau dipersoalkan kezuhudannya apabila memiliki kereta mewah Vellfire yang bernilai ratusan ribu sebaik beliau menjadi ahli parlimen Temerloh. Pada Muktamar PAS ke-63 di Alor Setar, poster bertajuk ‎'Zuhud PAS?' memaparkan perbandingan kenderaan digunakan beberapa pemimpin PAS sebelum dan selepas mereka menjadi anggota parlimen atau memegang jawatan dalam politik‎. [9][10]

Pada April 2015, gaji bulanan anggota Dewan Rakyat dinaikkan kepada RM16,000.

Rujukan

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-06-22. Dicapai pada 2016-06-10.
  2. ^ "Senarai Pimpinan PAS Pusat Sesi 2019-2021". 23 Jun 2019. Dicapai pada 16 Julai 2020.
  3. ^ Salmiah Druhamad Drahsin (15 November 2012). "Ketua Pemuda Pas isytihar harta, simpanan bank RM9,000". Sinar Harian. Dicapai pada 7 Jun 2013.
  4. ^ Mohd Farhan Darwis (16 Mei 2013). "Saifuddin Abdullah tetap berkhidmat biarpun tewas". The Malaysian Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-08. Dicapai pada 7 Jun 2013.
  5. ^ https://ms.wikipedia.org/wiki/Keputusan_Penuh_Pilihan_Raya_Umum_2018 Diarkibkan 2018-05-11 di Wayback Machine Keputusan Penuh Pilihan Raya Umum 2018
  6. ^ "SENARAI NAMA PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT PERSEKUTUAN TAHUN 2021" (PDF). Bahagian Istiadat dan Urusetia Antarabangsa. 13 November 2021. Dicapai pada 13 November 2021.
  7. ^ http://www.themalaysiantimes.com.my/nasrudin-tarik-balik-kenyataan-fitnah-terhadap-guan-eng/ Diarkibkan 2017-02-02 di Wayback Machine Nasrudin tarik balik kenyataan fitnah terhadap Guan Eng
  8. ^ http://www.malaysiakini.com/news/327244 Nasrudin tarik balik artikel singgung KM Pulau Pinang
  9. ^ http://malaysiadateline.com/index.php/berita-list/16-berita-utama/8306-sifat-zuhud-tiga-pemimpin-ulamak-pas-dipersoal Diarkibkan 2017-05-03 di Wayback Machine Sifat zuhud tiga pemimpin ulamak Pas dipersoal
  10. ^ http://www.malaysiakini.com/news/380749 Ulama PAS 'diserang'

Pautan luar