Dato' Mohd Azhar Jamaluddin ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan ADUN Changkat Jong selama sepenggal (2018-2022). Di peringkat parti beliau ialah Ketua UMNO Bahagian Teluk Intan.
DUN Changkat Jong dan DUN Pasir Berdamar terletak dalam parlimen Teluk Intan. Hanyalah Changkat Jong yang mengandungi pengundi Melayu seramai 60% manakala Cina pula 12.61%, India 27.07% dan lain-lain kaum 0.03%. DUN Pasir Berdamar pula menyaksikan majoriti pengundi Cina berjumlah 69.45%, manakala Melayu 33%, India 14.13% dan kaum lain 0.09%.
Dalam PRU 2008, calon BN / UMNO Datuk Idris Hashim kalah di tangan calon PAS, Mohd Anuar Sudin dengan majoriti 899 undi. Pada tahun 2004, calon UMNO-BN, Ir.Onn Hamzah menang dengan majoriti 3,611. Undi rosak pada tahun 2008 juga agak tinggi iaitu 410.
Kerjaya:
Ahli politik
Jawatan dalam parti:
Ketua UMNO Bahagian Teluk Intan.
Jawatan dalam agensi kerajaan:
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jong
Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti Teluk Intan