Tan Sri Dato' SeriIdris bin Jusoh (lahir 15 November 1955) merupakan Pengerusi Felda yang telah dilantik pada 1 Mei 2020 menggantikan Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor. Beliau juga merupakan mantan Menteri Pendidikan Tinggi dari tahun 2015 hingga 2018, mantan Menteri Pendidikan II (gabungan Menteri Pelajaran & Pengajian Tinggi) bermula dari 16 Mei 2013 sehingga 28 Julai 2015. Sebelum ini, beliau pernah menjawat jawatan Menteri BesarTerengganu dari tahun 2004 hingga 2008,Timbalan Menteri Usahawan dari tahun 1995 hingga 1999. Idris menjadi terkenal dalam politik UMNO dan Malaysia ketika beliau memimpin negeri Terengganu melalui parti Barisan Nasional yang berjaya menguasai Terengganu dari parti PAS dan dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu. Beliau memegang jawatan itu sejak Mac 2004 dengan majoriti 2 per 3 Dewan Undangan Negeri Terengganu. Beliau juga merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Terengganu yang berjaya memimpin negeri Terengganu mengembalikan penguasaan BN dari kerajaan PAS yang dipimpin Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pada tahun 2004. Pada pilihan raya umum Mac 2008, BN Terengganu di bawah kepimpinan Dato' Seri Idris bin Jusoh sekali lagi memenangi pilihan raya umum tersebut dengan majoriti 2 per 3 dewan, ketika BN di negeri-negeri lain seperti Selangor,Kedah,Pulau Pinang dan Perak mengalami tsunami politik dan jatuh ke pihak pembangkang ketika itu iaitu Pakatan Rakyat (PR). Walaupun dicalonkan oleh Perdana Menteri Malaysia dan mendapat sokongan majoriti ADUN yang menang untuk menyandang Menteri Besar Terengganu selepas Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, cadangan tersebut tidak diperkenankan oleh Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) ketika itu. Beliau kemudian dilantik untuk memegang jawatan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) dari Julai 2008 sehingga Mac 2013. Pada Pilihan raya umum ke-14, Idris Jusoh sekali lagi menang dan dipilih sebagai wakil rakyat parlimen Besut dan berjaya membawa inspirasi kemenangan 3 DUN di bawah parlimen Besut iaitu Jerteh, Kuala Besut dan Hulu Besut. Namun begitu, negeri Terengganu berpihak kepada kerajaan dibawah pimpinan Parti Islam Se-Malaysia.
Keluarga
Berkahwin dengan Che Kamariah Binti Zakaria yang berasal dari Melor, Kelantan. Mempunyai 5 orang anak. Isteri beliau aktif sebagai seorang Pendidik yang memberi pengajaran secara percuma dalam pelajaran Bahasa Inggeris di Sekolah-sekolah kawasan Terengganu, juga menjadi pendidik di Pusat Minda Jerteh, dan juga mengajar anak-anak kecil untuk pelajaran bahasa Inggeris secara percuma di masjid sekitar Besut. Hasil didikan Idris dan isterinya, 3 orang anaknya telah berjaya menghafal 30 juzuk Al-Quran (Al-Hafiz) dan juga berjaya dalam bidang akademik.
Latar belakang
Dua orang Menteri Besar Terengganu yang terakhir, iaitu Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dan Datuk Idris Jusoh, kedua-duanya adalah keturunan ulama' yang berpengaruh dalam masyarakat.
Datuk kepada Idris Jusoh yang dipangil Tuan Guru Abdul Hamid bin Fadhlullah al-Basuti al-Falimbani merupakan Ulama' Islam yang terkenal suatu ketika dahulu yang sentiasa didampingi kerabat raja,rakyat biasa di Besut mahupun dari luar kawasan suatu ketika dahulu. Yang dimaksudkan dengan al-Basuti ialah Besut di Terengganu.[2]
Pendidikan
Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa.(SEMOJI).(1969-1973)
Blackburn High School, Victoria, Australia.(Matrikulasi-1973)
Ijazah Sains Sosial (Universiti Sains Malaysia) (1980).
Program Keusahawanan (Aston University, England) (1984).
Ijazah Sarjana MBA (University of New Haven, USA) (1988).
Pengajian Bahasa Arab (Universiti Jordan) (1993-1994).
Kursus Pengurusan Lanjutan (Universiti Harvard, USA) (2001).
Kursus Pengurusan Lanjutan (INSEAD, Perancis) (2008).
Kecemerlangan akademik & ko-kurikulum (peringkat sekolah ke universiti)
Beliau memulakan persekolahan di SK Pusat Jerteh[3].Keputusan UPSR yang cemerlang melayakkan beliau menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa.(SEMOJI) . Di peringkat Sekolah Menengah SEMOJI beliau menjadi seorang pengawas dan berjaya mendapatkan keputusan yang sangat cemerlang sehingga melayakkan beliau menyambung pelajaran ke A-Level(Matrikulasi) di Australia sebelum keputusan MCE(SPM) diumumkan. Beberapa tokoh politik juga turut menuntut ilmu disana seperti Dato' Awang Adek dan Tan Sri Annuar Musa[4].Ketika tamat program A-Level di Australia,beliau mendapat keputusan cemerlang dan melayakkan beliau menyambung bidang kejuruteraan(Engineer) di sana. Ketika beliau di Australia,beliau menerima berita kematian Ayahnya dan datuknya(meninggal dunia dalam selang satu minggu) dan beliau mengambil keputusan pulang ke tanah air atas nasihat ibunya untuk menyambung pelajaran di Malaysia. Beliau melanjutkan pelajaran di USM,dan ketika di USM,beliau turut aktif dalam bidang Ko-kurikulum sehingga dilantik menjadi Presiden Majlis Perwakilan Pelajar USM dari 1978-1979. Beliau dikatakan sering mengunjungi Perpustakaan di masa lapang bagi menelaah pelajaran,dan mendapat keputusan cemerlang setiap peperiksaan (mendapat ijazah kelas pertama) sehingga beliau mendapat "Golden Award Best Student"[5]-Pelajar Cemerlang keseluruhan USM tahun 1980. Beliau menjadi pelajar Melayu pertama yang mendapat anugerah tersebut di USM, dan menjadi kebanggaan dan contoh untuk pelajar Melayu untuk berjaya di Universiti tersebut. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat Master di Luar negara di Universiti New Haven, USA dan turut aktif dalam kokurikulum apabila menjadi Presiden Pelajar Luar Negara di sana. Beliau juga turut mengambil pelajaran Arab di Jordan,dan beberapa kursus di Universiti terkemuka seperti di Harvard(USA),Perancis, dan England.
Kecemerlangan akademik beliau terbukti sejak dari sekolah lagi.Merupakan antara pelajar cemerlang/terbaik di sekolah premier STAR (Ipoh)[6], kemudian mendapat tawaran matrikulasi ke Australia yang hanya diberikan kepada pelajar cemerlang sekolah STAR walaupun keputusan SPM belum dikeluarkan,Kemudian meraih Pelajar terbaik keseluruhan USM dengan mempunyai Ijazah kelas pertama dari USM, Master, dan pembelajaran Ilmu Agama yang di perturunkan oleh datuknya (Tuan Guru Haji Hameed) yang merupakan Ulama' dan guru agama di Besut pada ketika dahulu, jelas menunjukkan keperibadian beliau.
Jasa dan sumbangan
Dato' Seri Idris Bin Jusoh seorang individu yang sentiasa cintakan ilmu pengetahuan sejak di bangku sekolah lagi. Ia dibuktikan lagi apabila telah menerima Anugerah Emas Pelajar Terbaik Keseluruhan Universiti Sains Malaysia USM (GOLDEN AWARD BEST STUDENT)pada tahun 1980 ketika menjadi penuntut universiti tersebut. Beliau juga pernah menuntut di beberapa Universiti terkemuka samada di Eropah dan Timur tengah. Antara lain bakat kepimpinan dan kecemerlangan Akademik beliau ialah:
Dianugerahkan "Pelajar Terbaik keseluruhan" Sekolah Tuanku Abdul Rahman(STAR) 1973
Dianugerahkan "Anugerah Emas Pelajar Terbaik" di USM (1980)
Presiden Persatuan Mahasiswa USM-kini dipanggil Yang-Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) (1978-1979)
President of International Student Association di University of New Haven (1987)
Dianugerahkan Sijil Keusahawanan di Universiti Aston, United Kingdom (1984)
Best Club Award, Kelab Usahawan Muda (1994)
Special Appreciation Award; Individual Malaysian Franchise Award (2000/2001)
Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) (1994)
Darjah Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T) - Membawa gelaran Dato’ (1998)
Darjah Seri Sultan Mizan Zainal Abidin (S.S.M.Z) - Membawa gelaran Dato’ Seri (2004)
Beliau juga seorang yang amat mementingkan Ilmu,Di mana dibawah kepimpinan beliau,beliau memberi inspirasi dan Idea
ULUL AL-BAB-MISI MENJANA KEPIMPINAN MUSLIM GLOBAL, yang mementingkan agama Islam, menghafaz dan memahami Al-Quran, dan cintakan Ilmu pengetahuan.
Program Ulul Albab
Ketika beliau menjadi Menteri Besar Terengganu dari 2004- Mac 2008, beliau memperkenalkan slogan Terengganu Bumi Ulul Albab.[7] Kemudian di daerah beliau juga, diperkenal Besut Bumi Ulul Albab sehingga kini.
Ciri-ciri Ulul Albab
Perbincangan mengenai Ulul al Bab dan definisinya tidak terhad kepada penyenaraian ayat - ayat suci Al Qur’an. Walaupun terdapat sifat - sifat umum yang disebut dalam Al Qur’an yang melayakkan seseorang itu diberi gelaran Ulul al Bab, cabaran yang lebih besar ialah menyenaraikan ciri - ciri yang lebih khusus.
Dato Seri Idris Jusoh telah mengambil inisiatif menyenaraikan 3 ciri golongan Ulul al Bab ini sebagai mereka yang:[8]
Qur’anik
Ensiklopedik
Ijtihadik
CIRI 1 :
Qur’anik diertikan sebagai mereka yang bukan sahaja khatam hafazan (menghafal 30 Juzuk Al-Quran), tetapi juga mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang ilmu Al Qur’an seperti ketertiban bacaan, lagu dan mengamalkan ajaran Al Qur’an itu sendiri.
CIRI 2 :
Ensiklopedik dimaksudkan dengan keupayaan untuk menguasai pelbagai cabang ilmu (multi - discipline) dan pelbagai bahasa (multi lingual).
CIRI 3 : Ijtihadik Memberi erti bahawa seseorang itu haruslah mempunyai keupayaan untuk memberikan pandangan dalam menyelesaikan masalah umat. Haruslah memiliki sifat-sifat kreatif dan inovatif, pemikiran strategik, pemikiran lateral dan sebagainya.[9]
Beberapa negeri di Malaysia telah menggunakan konsep Ulul Albab ini seperti di Melaka, Pulau Pinang, dan Kedah. Mukhriz Mahathir, Menteri Besar Kedah mengakui konsep ini berjaya dan beliau sendiri praktikkan di Kedah (Parlimen Jerlun) dan keputusan akademik pelajar di sana meningkat.[10]
Penubuhan Sekolah IMTIAZ, MRSM Ulul Albab dan Pintar Quran
Menyedari pentingnya pembelajaran Agama Islam iaitu dengan menghafaz dan memahami Al-Quran, Hadith, dan mengamalkan cara Sunnah Wal Jamaah, Idris Jusoh telah mengasaskan sekolah IMTIAZ iaitu sekolah yang menekankan pelajar cemerlang akademik dan disamping itu menghafal Al-Quran.Atas inisiatif beliau kini sekolah IMTIAZ telah menjadi antara sekolah terkemuka di Terengganu dan di negeri negeri lain.
Beliau juga telah memperkenalkan kelas Pintar Quran di Terengganu sekitar tahun 90 an. Di mana,pelajar-pelajar dari umur 4 hingga 12 tahun diberi pelajaran dari Iqra' sehingga dapat membaca Al-quran di sekitar pondok-pondok Pintar Quran yang terletak di Terengganu.
Selepas memegang jawatan sebagai Pengerusi MARA pada 2008,Idris Jusoh memperkenalkan MRSM Ulul Albab, di mana pelajar-pelajar Islam khususnya akan diberi pendidikan yang mengutamakan pelajaran wajib dan menghafaz Al-Quran. MRSM Ulul Albab kini sudah diperkenalkan di beberapa MRSM di Malaysia seperti di MRSM Ulul Albab Kota Putera,Besut,MRSM Ulul Albab Gemencheh (Negeri Sembilan), MRSM Ulul Albab Kepala Batas (Pulau Pinang).
Tabung Warisan MARA
Tabung yang diwujudkan untuk mengumpul dan mentadbir dana yang akan diwaqafkan sebanyak 50% dan 50% lagi digunakan untuk keperluan pendidikan anak-anak Melayu dan Bumiputera generasi akan datang. Merupakan inisiatif MARA di bawah kepimpinan beliau bagi menjaga keperluan Melayu dan Bumiputera seluruhnya, ditubuhkan pada bulan Mei 2012.
Isu dan kontroversi
Sejarah dan sumbangan Idris Jusoh dalam membangunkan kembali UMNO dan BN di negeri Terengganu
Pada tahun 1999,iaitu pilihan raya ke 10,BN Terengganu jatuh di tangan pembangkang, iaitu PAS. Kekuatan pembangkang ketika itu terletak pada krisis Anwar Ibrahim dan tampuk pimpinan yang lama dipegang bekas Menteri Besar Terengganu ketika itu yang melebihi 20 tahun.[11]Idris pada mulanya ingin menyambung pelajaran ke peringkat P.hD(Doktor Falsafah). Atas permintaan pimpinan UMNO pusat,negeri dan semangat beliau, Idris Jusoh lantas menyahut cabaran untuk memimpin Terengganu ketika itu, mengisi jawatan Timbalan Pengerusi Pehubungan UMNO Terengganu di belakang pimpinan Abdullah Badawi bagi misi mendapatkan kembali Terengganu untuk BN. Idris antara yang telah memberi inspirasi Gelombang Biru di Terengganu. Sepanjang kepimpinan Menteri Besar(Tuan Guru Haji Hadi Awang),Idris Jusoh telah menyaman Haji Hadi kerana dikatakan memfitnah beliau berkenaan projek-projek di Terengganu yang berkait dengan beliau dan beberapa wakil UMNO yang lain ketika Haji Hadi berkuasa memegang jawatan MB Terengganu.[12]Berkat kesabaran dan kegigihan beliau,pada pilihan raya Umum ke-11(2004),BN Terengganu di bawah kepimpinan Idris Jusoh berjaya mendapatkan kembali Terengganu dari pembangkang dengan majoriti yang sangat besar iaitu 28 BN dan hanya 4 kerusi untuk PAS. Di bawah kepimpinan Idris Jusoh juga menyaksikan Hadi Awang tewas di Parlimen Marang pada pilihanraya 2004, dikalahkan oleh calon BN Abdul Rahman Bakar yang turut digelar "Giant Killer".[13] Personaliti Idris Jusoh yang disenangi semua kaum, tidak kira bangsa atau agama, menyebabkan rakyat Terengganu ketika itu beralih memilih BN. Beliau juga ketika itu dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu (2004),dan merupakan Menteri Besar pertama dari daerah Besut. Pada pilihan raya umum Terengganu ke-12 juga,BN di bawah kepimpinan beliau sekali lagi mengekalkan Terengganu di bawah Barisan Nasional dengan Majoriti 2 per 3.
Pembangunan Terengganu dari 2004-2008 oleh Idris Jusoh diiktiraf Pembangkang & Penganalisis Politik
Kenyataan Penganalisis politik, Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat,“Masa kepimpinan Idris dahulu memang bagus, Terengganu membangun".[14]
Naib Presiden PAS,Husam Musa ketika kempen Pilihan raya kecil DUN Kuala Besut, melalui satu portal berita berkata,"Idris semasa menjadi Menteri Besar ada program pembangunan untuk Terengganu,”.[15]
Berikutan pilihan raya umum Malaysia 2008, BN telah berjaya memenangi pilihan raya negeri Terengganu dengan memenangi 24 dari 32 kerusi yang dipertandingkan, dengan PAS memenangi baki 8 kerusi. Ia merupakan pencapaian yang terbaik bagi negeri Terengganu di saat negeri-negeri lain jatuh di tangan pembangkang yang dikatakan tsunami politik. Satu krisis telah meletus apabila SultanTerengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin, tidak memperkenankan untuk melantik semula Idris sebagai Menteri Besar. Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mempertikai hak Sultan melantik Menteri Besar, dengan berkata bahawa perlantikan Ahmad Said "tidak mengikut perlembagaan".[16] 22 ADUN BN negeri yang lain juga berikrar menyatakan sokongannya terhadap perlantikan Idris Jusoh.[17]
Beberapa kain rentang yang berbunyi "Kami nak Idris, natang", yang bermaksud "kami hendak Idris, binatang" dalam loghat Terengganu, telah dipamer di depan kediaman rasmi bekas menteri besar Terengganu itu dan beberapa tempat strategik di bandar itu oleh orang yang tidak diketahui.[18]
Walaupun tidak dilantik semula menjadi Menteri Besar,Semangat Beliau tetap gigih untuk membangunkan Umat Islam itu sendiri. Dengan memperkenalkan Sekolah IMTIAZ, MRSM Ulul Albab, Pintar Quran,dan pelbagai inisiatif lagi, telah menunjukkan beliau bukan seorang yang cepat berputus asa.
Kerjaya
Kerajaan Malaysia
Ahli Majlis Amanah Rakyat (MARA) - (1991-1993)
Ahli Parlimen Besut ( 1995 -1999)(2013- 2018) (2018 - 2022)
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan (1995 -1999)
Ahli Dewan Undangan Negeri, Jertih (2004 - 2013)
Menteri Besar Terengganu (2004 - 2008)
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) - ( 2008 - 2013)
Menteri Pendidikan ke-II Malaysia (2013 - 2015)
Menteri Pengajian Tinggi Malaysia (2015 - 2018)
Pengerusi Felda (2020 - 2023)
Politik
Ahli Majlis Tertinggi UMNO (2000 - kini)
Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu (2000-2008)
Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu (27 Julai 2013 - kini)
Further information: List of memorials to Thomas Jefferson This article is part of a series aboutThomas Jefferson Early life and political career Early life and career Declaration of Independence Committee of Five Notes on the State of Virginia Minister to France Secretary of State First Party System 1796 election Vice presidency Personal life 3rd President of the United States Presidency First term 1800 election 1st inauguration Jeffersonian democracy Fiscal policy Twelfth Amendment Militar...
Therapeutic method This article is about psychodrama as a therapeutic method. For the drama subgenre, see Psychological drama (subgenre). For the album by Dave, see Psychodrama (album). PsychodramaICD-9-CM94.43MeSHD011577[edit on Wikidata] Part of a series onPsychology Outline History Subfields Basic psychology Abnormal Affective neuroscience Affective science Behavioral genetics Behavioral neuroscience Behaviorism Cognitive/Cognitivism Cognitive neuroscience Social Comparative Cross-cult...
Ammar Abdulhamid عمار عبد الحميدAbdulhamid di FDDLahir30 Mei 1966 (umur 57)Damaskus, SuriahAlmamaterUniversity of Wisconsin–Stevens PointPekerjaanPengarang, Aktivis dan pemikirSuami/istriKhawla YusufAnakOula dan MouhanadSitus webammarabdulhamid.com Syrian Revolution Digest Ammar Abdulhamid (Arab: عمار عبد الحميدcode: ar is deprecated ; lahir 30 Mei 1966) adalah seorang pengarang, aktivis HAM, pembangkang politik, salah satu pendiri dan presiden Yayasan Tharwa...
American TV series or program The NursesZina Bethune, Joseph Campanella and guest star Diana Hyland in a scene from the program, 1965.Also known asThe Doctors and the NursesStarring Zina Bethune Shirl Conway Edward Binns Stephen Brooks Michael Tolan Joseph Campanella Country of originUnited StatesNo. of seasons3No. of episodes98ProductionExecutive producerHerbert BrodkinProducersArthur Lewis (1962–1964)Arthur Joel Katz (1964–1965)EditorLyman HallowellRunning time60 minutesProduction comp...
إل جي أوبتيموس شاتمعلومات عامةالنوع هاتف ذكي الصانع إل جي أليكترونيكسموقع الويب lg.com… أهم التواريختاريخ الإصدار فبراير 2011الوظائفالشاشة إل سي ديالكاميرا - الخلفية:3.15 ميجابكسلالإدخال جي بي إس مساعد، مقياس تسارع، مصدحالخصائصالمعالج الرئيسي 600 ميجا هرتزالذاكرة 512 ميجابايتس...
Бэтмен: Маска Фантазмаангл. Batman: Mask of the Phantasm Жанры неонуар, фильм-тайна, научно-фантастический фильм и боевик Техника анимации рисованная Режиссёры Эрик РадомскиБрюс Тимм На основе Бэтмен и Бэтмен Авторы сценария Алан БёрнеттПол ДиниМартин ПаскоМайкл Ри�...
هذه المقالة بحاجة لصندوق معلومات. فضلًا ساعد في تحسين هذه المقالة بإضافة صندوق معلومات مخصص إليها. هذه المقالة يتيمة إذ تصل إليها مقالات أخرى قليلة جدًا. فضلًا، ساعد بإضافة وصلة إليها في مقالات متعلقة بها. (ديسمبر 2020) رسم توضيحي لتغير درجات الحرارة منذ عام 1960 وحتى 2019 عبر كل م...
يفتقر محتوى هذه المقالة إلى الاستشهاد بمصادر. فضلاً، ساهم في تطوير هذه المقالة من خلال إضافة مصادر موثوق بها. أي معلومات غير موثقة يمكن التشكيك بها وإزالتها. (فبراير 2016) الحزب الوحدوي الاشتراكي الديمقراطي البلد سوريا تاريخ التأسيس 1974 المقر الرئيسي دمشق تعديل مصدر...
Codification of Welsh laws from the time of King Hywel Dda Medieval Welsh law redirects here. For current Welsh law, see Welsh law. Modern depiction of Hywel Dda proclaiming the laws. Part of a series on theCulture of Wales History Timeline Bibliography Prehistory Roman Era Anglo-Welsh Wars Early Middle Ages Kingdom of Gwynedd Kingdom of Powys Deheubarth Medieval Welsh law Norman invasion Edwardian conquest Late Middle Ages Statute of Rhuddlan Glyndŵr rebellion Laws in Wales Acts 1535 and 15...
Empire on the Indian subcontinent, 1799–1849 Not to be confused with Kingdom of Sikkim. Sikh EmpireSarkār-i-KhālsaKhālasā Rāj1799–1849 Flag Seal of Ranjit Singh Motto: ਅਕਾਲ ਸਹਾਇAkāl SahāiWith God's GraceAnthem: ਦੇਗ ਤੇਗ ਫ਼ਤਿਹDēg Tēg FatehVictory to Charity and ArmsSikh Empire at the death of Ranjit Singh in 1839StatusEmpireCapital Gujranwala (1799–1802) Lahore (1802–1849) Court languagePersian[1][2][3]Spo...
Political party in Trentino-Alto Adige/Südtirol Ladin Autonomist Union PresidentGiuseppe DetomasSecretaryMichele AnesiFounded1983IdeologyLadin minority interestsProgressivismPolitical positionCentre-leftProvincial Council1 / 35 Websitehttp://www.movimentual.itPolitics of Trentino-Alto Adige/SüdtirolPolitical partiesElections The Ladin Autonomist Union (Ladin: Union Autonomista Ladina; Italian: Unione Autonomista Ladina; UAL) is a minor progressive-centrist political party in Trenti...
1948 film by George Blair Daredevils of the CloudsTheatrical posterDirected byGeorge BlairWritten byRonald Davidson (story)Norman S. Hall (screenplay)Produced byStephen AuerStarringRobert Livingston Mae ClarkeJames CardwellCinematographyJohn MacBurnieEdited byRichard L. Van EngerMusic byMorton ScottProductioncompanyRepublic PicturesDistributed byRepublic PicturesRelease date June 26, 1948 (1948-06-26) Running time60 minutesCountryUnited StatesLanguageEnglish Daredevils of the C...
Untuk traktat yang lebih baru, lihat Traktat Inggris-Irak (1930) dan Traktat Inggris-Irak (1948). Traktat Inggris-Irak 1922Traktat Inggris Irak 1922, Cmd 2370[1]Dibuat1922Ratifikasi1924PenandatanganPercy Cox dan Abd Al-Rahman Al-GillaniTujuanKodifikasi Administrasi Inggris di Kerajaan Irak yang baru dibentuk Traktat Inggris-Irak pada Oktober 1922 merupakan sebuah persetujuan yang ditandatangani antara pemerintah Inggris dan Irak. Traktat ini didesain untuk mengizinkan Irak memerintah ...
Cet article est une ébauche concernant la sécurité, la France et la prison. Vous pouvez partager vos connaissances en l’améliorant (comment ?) selon les recommandations des projets correspondants. Ne doit pas être confondu avec le Programme 13 000. En France, le programme 13 200 est un plan pénitentiaire lancé en 2002 par Dominique Perben, alors ministre de la Justice. Plusieurs prisons ont été construites les années suivantes, avec des ouvertures surtout en 2010-2...
German general (1886–1974) Leo Reichsfreiherr Geyr von SchweppenburgSchweppenburg as a military attaché in London, 1935Birth nameLeo Dietrich Franz Reichsfreiherr Geyr von SchweppenburgBorn(1886-03-02)2 March 1886Potsdam, GermanyDied27 January 1974(1974-01-27) (aged 87)Irschenhausen, West GermanyAllegianceGermanyService/branchWehrmachtRank General der PanzertruppeBattles/wars World War I World War II AwardsKnight's Cross of the Iron Cross Leo Dietrich Franz Reichsfreiherr[1] G...
Voce principale: Società Sportiva Dilettantistica Calcio Città di Brindisi. Brindisi SportStagione 1981-1982Sport calcio Squadra Brindisi Allenatore Alfredo Ciannameo poi Enea Masiero Presidente Biagio Pascali Serie C25º posto nel girone D. Maggiori presenzeCampionato: Izzo (32) Miglior marcatoreCampionato: Izzo (10) 1980-1981 1982-1983 Si invita a seguire il modello di voce Questa pagina raccoglie le informazioni riguardanti il Brindisi Sport nelle competizioni ufficiali della stagi...