Ewon Ebin
Datuk Dr Ewon Ebin, PGDK; JMN, (lahir 26 Jun 1954) adalah Ahli Dewan undangan Negeri Sabah, kawasan N31 Paginatan,Sabah setelah menang bertanding atas tiket BN dalam Pilihan raya umum Malaysia 2008.Beliau salah seorang dari 10 wakil Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) yang bertanding pada tahun 2008. Datuk Dr Ewon Ebin kini merupakan Menteri di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia pada Mei 2013 dalam Kabinet Malaysia 2013.[1] Tesis beliau di Universiti Malaya 1978 ialah 'Suatu Kajian Undang-Undang Adat Dusun Ranau di Sabah mengenai Perkahwinan, Perceraian dan Warisan'. Beliau begitu berminat tentang permasalahan masyarakat pribumi di Sabah.[2]
Pilihan rayaSejak 1995 , Datuk Ewon Ebin telah bertanding dalam pilihan raya Sabah di Kundasang. Pada 1995 Ewon Ebin menang dengan majoriti 939 undi. Dalam Pilihan raya 1999, Ewon Ebin ditentang oleh Ramdi Indang (Bersekutu) ;Karim Bin Adam (PBS) dan Benjimin Yasin (Setia).Kawasan Kundasang mempunyai 11,539 undi. DUN Paginatan sebelum ini dikenali sebagai Ranau dan mempunyai 8639 pengundi. Datuk Ewon Ebin (BN/UPKO) 3224, Janimin Saiun (Bebas)1673; Ramli Indang (Bebas) - 937 ; Henry Wan Kauting (Setia) 76 dan Nayon Gudumi (Bebas) - 69. [3] Dalam pilihan raya seterusnya, Ewon Ebin (PBS) mendapat 4956 undi ; Datuk Kasitah Gadam (BN) mendapat 4017 undi.[4] Dalam pilihan raya 2008, Ewon Ebin (BN) mendapat 5206 undi ; Jahumin Ampadong (Bersekutu) 157 ; Paul B. Kerangkas (PKR) 1,749 undi dan Mat Jaili Samat (Bebas) 90 undi .Setelah kemenangan itu, beliau dilantik sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah.[5] Pendatang asing tanpa izinPada 11 Januari 2009, Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah, Datuk Dr. Ewon Ebin mengingatkan pihak Kemas, JKKK tentang taktik PATI menggunakan kad pengenalan palsu untuk mendapatkan bantuan warga miskin tegar.[perlu rujukan] Melalui lawatan ke rumah, pihak-pihak yang berkenaan boleh memeriksa tahap sebenar kemiskinan pemohon sekali gus dapat memastikan dokumen mereka sah atau sebaliknya. Kampung SejahteraPada 30 April 2010, Datuk Ewon Ebin selaku Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah hadir dalam majlis Anugerah Kampung Sejahtera Sabah di Pusat Pembangunan Masyarakat Kampung Mansiang, Menggatal. Hadir sama ialah Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Jainab Ahmad dan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Ghulam Jelani.Pemenang ialah Kampung Tanjung Bulat, Kinabatangan - juara Anugerah Kampung Sejahtera peringkat negeri Sabah. Kampung Entilibon, Tongod (naib juara) dan Kampung Babagon Penampang (ketiga).Semua pemenang menerima hadiah dalam bentuk geran projek bernilai RM50,000 bagi juara, RM40,000 (naib juara) dan RM30,000 (ketiga).[6] Rujukan
Information related to Ewon Ebin |