Mustapa Mohamed
Dato' Sri Mustapa bin Mohamed (lahir 25 September 1950) atau lebih dikenali sebagai Tok Pa ialah ahli politik dan ahli ekonomi Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Menteri Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) (2020-2022), mantan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (2013-2018) dan mantan Ahli Parlimen Jeli selama lima penggal (2004-2022 dan 1995-1999) serta mantan ADUN Ayer Lanas selama tiga penggal (2013-2022 dan 2004-2008). Kehidupan awalBeliau dilahirkan pada 25 September 1950 di Bachok, Kelantan. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris Bachok pada tahun 1957 dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Bachok pada tahun 1963. Selepas menamatkan pengajian di Kolej Sultan Ismail Kota Bharu pada tahun 1969, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti of Melbourne di Australia dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Kelas Pertama. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajiannya ke peringkat Sarjana pada tahun 1982 dari Universiti Boston, Amerika Syarikat. KeluargaHasil perkongsian hidup bersama Datin Sri Khamarzan Ahmed Meah sejak 29 tahun lalu, beliau telah dikurniakan empat orang cahaya mata. Beliau sering memanfaatkan masa lapang dengan membaca ataupun berjoging. PendidikanBeliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris Bachok pada 1957 dan Sekolah Menengah Sains Sultan Mohammad Jiwa pada 1963. Pada tahun 1969, beliau menamatkan pengajian beliau di Maktab Sultan Ismail, Jalan Telipot, Kota Bharu dan menyambung pengajian dalam bidang Ekonomi di Universiti Melbourne, Australia pada 1973 dan mendapat Ijazah Sarjana Pembangunan Ekonomi pada 1982 dari Universiti Boston, Amerika Syarikat. KerjayaKerjaya pertama beliau adalah Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Kementerian Kewangan pada tahun 1974. Beliau kemudian dilantik sebagai Pensyarah di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) pada tahun 1982 sebelum dilantik sebagai Pegawai Khas kepada Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin pada tahun 1984. Beliau merupakan bekas Pengarah Eksekutif, Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN). Sebelum menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau pernah menjadi Menteri Pengajian Tinggi dan Menteri Kewangan Kedua. Jawatan sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia pula bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin. PolitikPenglibatan Y.B. Dato' Sri Mustapa dalam UMNO bermula pada tahun 1988 ketika memegang jawatan sebagai Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin. Beliau pertama kali dipilih sebagai wakil rakyat setelah memenangi Parlimen Jeli pada pilihan raya tahun 1995. Berikutan kejayaan tersebut, beliau dilantik sebagai Menteri Pembangunan Usahawan pada bulan Mei 1995 sebelum dilantik sebagai Menteri Kewangan Kedua pada bulan September 1998. Y.B. Dato' Sri Mustapa yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO turut memegang jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Jeli. Selain itu beliau juga pernah dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO pada tahun 2000 sebelum diberikan tugas sebagai Pengerusi, Badan Perhubungan UMNO Kelantan serta Pengerusi Barisan Nasional Kelantan dari tahun 2000 hingga 2004. Selain mengetuai Persatuan Humphreys Fellows Malaysia, Dato' Sri Mustapa juga merupakan Presiden Pertubuhan Untuk Peningkatan Perusahaan, Kerohanian dan Kebudayaan (OISCA) di Malaysia, Persatuan Francais Malaysia dan PROMUDA serta Pengarah Khazanah Nasional Berhad. Y.B. Dato' Sri Mustapa Mohamed yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Balah dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri pada 27 Mac 2004. Pada 2018, 18 September, beliau mengumumkan untuk keluar dari Parti UMNO dan bergerak secara bebas buat masa kini. [2] Beliau telah menyertai BERSATU pada 26 Oktober 2018. Borang permohonan diserahkan kepada Pengerusi BERSATU, Mahathir Mohamad, sambil disaksikan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan barisan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU di Lobi Galeri BERSATU di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya.[3] Pilihan rayaDalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Mustapa Mohamed bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Jeli , negeri Kelantan. Mustapa Bin Mohamed telah menang dengan mendapat undi sebanyak 17168. Calon lawan ialah Mohd Afandi bin Mohamad dari PAS, mendapat 12,732 undi - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 84.1 %. Undi rosak sebanyak 474. Jawatan
AnugerahDarjah Kebesaran Diraja
Keputusan pilihan raya
Lihat jugaRujukan
Pautan luarInformation related to Mustapa Mohamed |