YB Tuan Dr. Afif Bahardin (lahir 13 Mei 1985 di Selangor, Malaysia) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai ADN Taman Medan. Sebelum ini beliau merupakan mantan ADUN Seberang Jaya selama 2 penggal (2013-2023).
Latar belakang
Beliau dibesarkan di Shah Alam, Selangor. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Raja Muda Seksyen 4 Shah Alam dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9 Shah Alam sehingga tingkatan 3. Seterusnya, beliau menyambung pelajaran ke Maktab Rendah Sains MARA Lenggong, Perak dan mendapat pendidikan universiti di Universiti Teknologi Mara (UiTM), berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perubatan & pembedahan dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan, Selangor Business School, UNISEL.
Selepas itu, beliau bekerja sebagai pegawai perubatan di Hospital Seberang Jaya dan Hospital Sungai Buloh. Pada bulan Oktober 2010, Afif berkahwin dengan Mardhiah Zakaria. Pasangan ini dikurniakan tiga orang anak.
Pada tahun 2013, Afif dicalonkan oleh Parti Keadilan Rakyat untuk bertanding kerusi DUN Seberang Jaya, Pulau Pinang semasa Pilihan raya umum Malaysia 2013. Dr. Afif berjaya memenanginya dengan majoriti 2,459 undi, mengalahkan calon Barisan Nasional, Mohammad Nasir Abdullah dan calon bebas, Shamsut Tabrej GM Ismail Maricar.
Pada 9 Mei 2013, Dr. Afif dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pulau Pinang (Exco) untuk Pertanian dan Industri berasaskan Agro, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan menggantikan Law Choo Kiang yang dilantik sebagai Speaker baru Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.[1]
Angkatan Muda Keadilan Parti Keadilan Rakyat
Dalam Pemilihan Parti Keadilan Rakyat pada tahun 2014, Dr. Afif dilantik sebagai Timbalan Ketua Pemuda.[2]
Pada Pemilihan Parti KEADILAN 2018, beliau telah bertanding dalam saingan tiga penjuru bagi jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan. Namun begitu tewas di tangan YB Akmal Nasir.
Pembentukan Pemuda Negara
YB Dr. Afif Bahardin telah mengikut langkah Azmin Ali untuk memberi sokongan kepada Perikatan Nasional, telah menubuhkan sebuah NGO yang bernama Pemuda Negara. NGO ini berhasrat untuk menjadi wadah bagi suara anak muda daripada pelbagai bangsa berdasarkan prinsip demokrasi, keadilan dan kemakmuran bersama.
[3]