YB Dato' Haji Mohd Suhaimi Abdullah (lahir 15 Julai 1955) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Langkawi. Di peringkat parti beliau ialah Pengerusi Tetap Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Politik
Beliau telah dilantik sebagai Senator dalam Dewan Negara Malaysia pada 15 Ogos 2017 lalu untuk penggal kedua.[1]
BERSATU
Beliau telah memenangi kerusi Pengerusi Tetap pada Pemilihan Agung BERSATU 2020 lalu.[2]
Beliau juga telah menggantikan tempat Mukhriz Mahathir sebagai Pengerusi Badan Pimpinan BERSATU Negeri Kedah setelah Mukhriz terpecat secara automatik keahlian kerana menyokong pembangkang di Dewan Rakyat Malaysia.