Yang Berhormat Dr. Zaliha binti Mustafa (lahir 28 Jun 1964) ialah ahli Parlimen bagi Sekijang, Johor yang menang dalam pilihan raya umum Malaysia 2022 lalu.[1] Beliau kini memegang portfolio sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) di dalam kabinet Perdana Menteri Malaysia ke-10, Dato Seri Anwar Ibrahim bermula 11 Disember 2023. Sebelum itu, beliau adalah Menteri Kesihatan dari 3 Disember 2022 hingga 11 Disember 2023. Beliau mendapat pendidikan di MRSM Kota Bharu dan menduduki SPM pada tahun 1981.
Beliau kini ialah pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya Parti (JPP) dalam partinya, Parti Keadilan Rakyat (PKR), parti komponen Pakatan Harapan.[2]
Kerjaya politik
Menteri Kesihatan (2022-2023)
Pada 2 Disember 2022, Zaliha diumumkan sebagai Menteri Kesihatan baharu oleh Perdana Menteri Anwar untuk berkhidmat dalam kabinetnya. Beliau mencipta sejarah sebagai Menteri Kesihatan wanita pertama.[3] Pendahulunya Khairy Jamaluddin mengucapkan tahniah kepada beliau atas pelantikannya.[4] Keesokan harinya pada 3 Disember 2022, beliau secara rasmi memegang jawatan selepas mengangkat sumpah.[5]
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) (2023 - kini)
Pada Rombakan Kabinet pertama Kerajaan Perpaduan MADANI pada 12 Disember 2023, YB Dr. Zaliha telah diumumkan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) yang baharu.
Keputusan pilihan raya
Parlimen
Parlimen Malaysia
Tahun
|
Parlimen
|
Calon
|
Parti
|
Undi
|
Lawan
|
Parti
|
Undi
|
Majoriti
|
2022
|
Sekijang
|
Zaliha Mustafa
|
PH (PKR)
|
18,941
|
Md Salleheen Mohamad
|
BN (UMNO)
|
17,207
|
48,237
|
Uzzair Ismail
|
PN (BERSATU)
|
11,612
|
Mohd Zohar Ahmad
|
WARISAN
|
339
|
Mohd Saiful Faizal Abdul Halim
|
PEJUANG
|
138
|
2008
|
Gelang Patah
|
Zaliha Mustafa
|
PKR
|
24,779
|
Tan Ah Eng
|
BN (MCA)
|
33,630
|
8,851
|
Dewan Undangan Negeri (DUN)
Rujukan