Datuk Armizan Mohd Ali (lahir 9 September 1976) ialah ahli politik Malaysia berasal dari Kampung Pengalat Besar, Papar, Sabah. Beliau merupakan ahli rasmi dan Ketua bagi Badan Pertubuhan Ahli-ahli terus Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta pengasas merangkap pengurus bagi Sayap Pelajar Mahasiswa Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dilantik sejak tahun 2022. Beliau kini berkhidmat sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia dan Ahli Parlimen Papar.
Penglibatan politik
Armizan Mohd Ali memulakan penglibatan politik dengan menyertai Parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Beliau pernah dilantik untuk menjawat jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Papar,[1] Exco Pemuda UMNO Malaysia,[2][3] Pengerusi Biro Politik dan Pidato Pemuda UMNO Malaysia[4] dan Pembantu Khas Kepada mantan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein.[5]
Pada tempoh musim kempen Pilihan Raya Umum Malaysia Ke-14, Beliau telah dilantik sebagai Ketua Sekretariat Manifesto Orang Muda Pemuda BN Sabah.[6]
Namun begitu, beliau telah meninggalkan UMNO pada 2019 lalu menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan menyokong kepimpinan Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor sebagai pengerusi PPBM Sabah.
Armizan Mohd Ali menjadi Setiausaha Eksekutif Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Sabah dari 6 April 2019 hingga 2020.[7][8] dan Naib Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Sabah dari 2020 hingga kini[9]
Beliau pernah dilantik sebagai Setiausaha Politik Kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia iaitu Datuk Seri Rina Harun bermula dari 24 April 2020 hingga 16 Ogos 2021.[10]
Armizan Mohd Ali juga merupakan mantan Setiausaha Sulit Kanan Kepada Ketua Menteri Sabah YB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor.[11]
Pada 3 Disember 2022, beliau telah dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak.[12]
Kerjaya korporat
Armizan Mohd Ali merupakan Ahli Lembaga Pengarah Qhazanah Sabah Berhad.[13]
Penglibatan persatuan
Armizan Mohd Ali aktif dalam program kebajikan dan kemasyarakatan sejak memegang beberapa jawatan antaranya ialah;
- Timbalan Presiden Persatuan Rumpun Bajau Sama Sabah (PRBSS)[18]
Anugerah
Rujukan
Kabinet Anwar Ibrahim kedua (2023-kini) |
---|
|
Perdana Menteri | | |
---|
Timbalan Perdana Menteri | |
---|
Jemaah Menteri | |
---|
|