Datuk Seri[3]Rina Mohd Harun (lahir 18 April 1973) ialah ahli politik wanita Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (2020-2022), mantan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (2018-2020) dan mantan Ahli Parlimen Titiwangsa selama sepenggal (2018-2022). Di peringkat parti beliau ialah Ketua Srikandi BERSATU.
Pendidikan awal
Beliau dibesarkan di Jalan Gurney, Kuala Lumpur dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Datok Keramat 1, Kuala Lumpur. Kemudian beliau melanjutkan persekolahan di Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru sebelum melanjutkan pengajiannya di Institut Teknologi MARA (kini Universiti Teknologi MARA; UiTM) dalam Diploma dalam Pengajian Perbankan. Beliau melanjutkan pengajian ijazah pertamanya di Universiti Northwood di Michigan, Amerika Syarikat dan mendapat BBA dalam bidang Perbankan dan Kewangan.
Kerjaya awal
Rina bekerja dalam bidang perbankan komersial selama 8 tahun sebelum menceburi bidang politik.[4][5]
Kerjaya politik
UMNO
Ketua Puteri UMNO Bahagian Sepang - 2002-2013
Setiausaha Puteri UMNO Selangor - 2002-2004
Timbalan Ketua Puteri UMNO Selangor - 2004-2009
Timbalan Ketua Puteri UMNO Selangor - 2009
EXCO Puteri UMNO Malaysia - 2009-2013
Pemangku Ketua Wanita UMNO Bandar Baru Salak Tinggi 2013-2016