Baru Bian (lahir 9 September 1958) ialah ahli politik Malaysia dari Sarawak. Beliau kini berkhidmat sebagai ADUN Ba'kelalan. Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Menteri Kerja Raya Malaysia (2018-2020) dan Ahli Parlimen Selangau selama sepenggal (2018-2022).
Latar belakang
Keluarga
Baru berkahwin dengan seorang surirumah sepenuh masa, Yu Ching Sieu berketurunan Cina dan dikurniakan tiga orang anak, dua lelaki dan satu perempuan iaitu Joshua Parir, Benjamin Bian dan Emmylyn Takong.
Pendidikan
Baru memperolehi pendidikan rendah di Sekolah Rendah Kebangsaan(SRK) Long Lellang (Tahun 1 dan 2) pada tahun 1966-67, SRK Long Semadoh (Tahun 3 dan 4) pada tahun 1968-69 dan juga SRK Long Napir (Tahun 5 dan 6) pada tahun 1970-71. Kemudian beliau menyambung pendidikan menengahnya di Sek. Men. Ker. Limbang (1972 - 76) dan lulus Senior Cambridge, kemudian di Kolej Tun Datu Tuanku Hj. Bujang, Miri dan lulus (1977 - 78) dan lulus Higher School Certificate(HSC).
Pada 1979 hingga 1980 beliau bekerja sebagai cikgu sementara di SMK Medamit, Bahagian Limbang. Selepas itu Bian menyambung pendidikan tinggi di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor di dalam jurusan Diploma Undang-Undang (DIL) selama empat tahun iaitu dari tahun 1981 hingga 1984. Pada tahun 1985, beliau mendapat ijazah Bachelor of Law (LL.B) di Melbourne University, Australia.
Kerjaya
Pada tempoh masa 1979- 1981, Bian menjadi guru sementara di Sekolah Menengah Kerajaan Medamit, Limbang, Sarawak. Selepas mendapat ijazah undang-undangnya, pada tahun 1986, beliau menjadi pelatih di firma Messrs Rashid & Lee, Kuala Lumpur dan diterima sebagai peguambela dan peguamcara Malaya.
Kemudian pada 1987 hingga 1988, beliau menjadi Pembantu Undang-undang di firma Messrs Anthony Ting & Co., Kuching, Sarawak. Seterusnya pada 1990, beliau menjadi rakan kongsi firma Messrs Anthony Ting, Baru Bian & Co., Kuching, Sarawak. Dua tahun kemudian iaitu pada tahun 1992, beliau bekerja di bawah syarikatnya sendiri, Messrs Baru Bian Advocates & Solicitors, Kuching, Sarawak, hingga ke hari ini.
Penglibatan di dalam politik
Pada tahun 1987, beliau diterima sbagai ahli biasa bagi Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS). Di dalam tempoh kemudiannya iaitu pada tahun 1989 hingga 1992 beliau dipilih sebagai Exco Belia PBDS. Pada bulan September 1991 beliau berdiri sebagai calon PBDS (Pembangkang kemudiannya) di Lawas dan kalah.
Pada tahun 1992 hingga 1994, beliau dilantik menjadi Naib Presiden PBDS.
Di dalam selang masa tahun 1995 – 2000, beliau dilantik menjadi Ketua Perhubungan PBDS.
Pada sela tahun 2000 hingga 2003 menyaksikan beliau dilantik menjadi ahli Majlis Tertinggi PBDS.
(Nota: PBDS dibubarkan sebagai parti politik.
Pada bulan September 2004 beliau berdiri sebagai calon bebas di pilihan raya kecil Ba’Kelalan 2005 berikutan kematian penyandangnya, Dr. Judson Sakai akibat helikopter terhempas pada Julai 2004, dan tewas sebanyak about 1300 nyawa.
Pada bulan Mei 2006, beliau berdiri sebagai calon SNAP di DUN Ba’Kelalan pada pilihan raya negeri Sarawak State dan tewas sebanyak 475 undi.
Pada April 2008, Bian menyertai Parti Keadilan Rakyat Malaysia, atau Parti KEADILAN Rakyat (PKR) sebagai ahli biasa.
Setelah setahun kemudian, beliau dilantik di dalam PKR pada bulan November 2009 sebagai Pengerusi PKR Sarawak oleh Presiden. Beliau juga dilantik sebagai ahli Majlis Terttinggi dan ahli Biro Politik.