Dr Siti Mariah Mahmud (lahir 14 Februari 1958) merupakan ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Selangor di bawah pentadbiran Dato' Seri Amirudin Shari dari tahun 2018 hingga 2023 dan berkhidmat sebagai ADN Seri Serdang selama sepenggal. Di peringkat parti, beliau merupakan Naib Presiden AMANAH Lantikan.
Ketika di dalam PAS beliau merupakan ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat.[1][2][3]
Pendidikan
Beliau memperolehi ijazah sarjana muda perubatan dari Universiti Kaherah, Mesir serta Sarjana Fisiologi dari University of London United Kingdom dan Sarjana Pengurusan Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor.
Kerjaya
Beliau pernah menjadi pegawai perubatan dah pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Politik
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional, S.A. Vigneswaran dengan majoriti sebanyak 20,751 undi. Beliau memperolehi 38,630 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 17,879 undi. Majoriti yang diterima oleh beliau adalah yang tertinggi pernah dicatatkan oleh calon PAS walaupun beliau bertanding dalam kawasan Parlimen yang mempunyai peratusan pengundi India agak tinggi.
Nota: *Mohamed Azmin meletak jawatan selepas dilantik mengganggotai Kabinet Malaysia 2018 **Haniza meletak jawatan sebagai Ahli MMK selepas dipecat oleh partinya. ***Shaharuddin meninggal dunia pada Ogos 2018 akibat kanser usus. Posisi beliau digantikan oleh Borhan Aman Shah