Yang Berhormat Dr. Daroyah Alwi (lahir 21 Ogos 1962) ialah seorang ahli politik dan doktor gigi Malaysia. Beliau merupakan mantan ADUN Sementa selama dua penggal (2013-2023), mantan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negeri Selangor (2019-2020) dan mantan EXCO Selangor (2013-2018).
Politik
Di peringkat akar umbi, beliau merupakan Timbalan Ketua Angkatan Wanita Parti Keadilan Rakyat setelah memenangi jawatan itu semasa pemilihan PKR 2010 dan menewaskan dua calon lain. Beliau dikenali sebagai salah seorang ahli kem Mohamed Azmin Ali iaitu Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat.
Pada 13 Jun 2020, beliau telah mengumumkan bahawa dia telah keluar daripada parti PKR pada 13 Jun dan menjadi seorang ADUN bebas yang menyokong Perikatan Nasional. Beliau keluar dengan alasan bahawa beliau telah “hilang rasa yakin dan percaya kepada Presiden (Anwar Ibrahim) dan kepemimpinan yang alpa terhadap idealisme perjuangan”. Seramai 35 orang ahli PKR yang lain turut serta keluar parti bersamanya.[1]
Daroyah telah dilantik sebagai wanita pertama yang menjawat jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Getah Malaysia bagi menggantikan Raja Idris Raja Kamaruddin.[2]
Pada 27 Disember 2022, beliau dilaporkan telah dipecat daripada jawatan Ketua Wanita Parti Bangsa Malaysia (PBM).[3]
Rujukan