YB Tuan Thomas Su Keong Siong ialah ahli politik Malaysia berketurunan Cina. Beliau kini berkhidmat sebagai ADUN Ketari.
Beliau berasal dari Sitiawan dan telah dilahirkan pada 18 September 1966. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Methodist (ACS) & Sekolah Menengah Methodist (ACS) Sitiawan dari tahun 1974 ke 1983. Beliau mendapat kelulusan ijazah sarjana Undang-Undang dari University of Wolverhampton pada tahun 1992 dan Certificate of Legal Practice pada tahun 1993.
Dalam Pilihanraya Umum 2004, beliau bertanding atas tiket parti DAP di kawasan Pasir Pinji dan memperolehi 9,633 undi dengan majoriti 2,841 undi. Kemudian, dalam Pilihan raya umum Malaysia 2008 beliau menang bertanding di kawasan Pasir Pinji, Perak. Beliau bertanding atas tiket parti DAP dan mendapat 12,526 undi dengan majoriti 6,339 undi.
Pada Pilihanraya Umum Ke-13, beliau telah di pilih oleh DAP untuk bertanding di kawasan Parlimen Ipoh Timur (P.064) atas tiket parti DAP dan mendapat 49,086 undi dengan majoriti 34,000 undi.
Kerjaya:
Jawatan agensi kerajaan:
- Ahli Parlimen Kampar
- Ahli Parlimen Ipoh Timor
- ADUN Pasir Pinji
Pendidikan:
- Sekolah Rendah Methodist (ACS) (1977)
- Sekolah Menengah Methodist (ACS) Sitiawan (1983)
- ijazah sarjana Undang-Undang dari University of Wolverhampton (1992)
- Certificate of Legal Practice pada tahun (1993)
Rujukan
Ahli Dewan Negeri Pahang ke-15 |
---|
|
|
|