Dato' Suleiman (abang) Toh Puan Khadijah (kakak) Abdullah (adik) Puan Sri Aishah (adik) Dato' Mohamed Yasin (adik) Rafiah (adik) Toh Puan Dr. Zubaidah (adik) Fatimah (adik)
Beliau dilahirkan pada 4 November 1915 di Johor Bahru, Johor. Beliau berasal dari keluarga yang berstatus elit. Bapanya, Dato’ Abdul Rahman Mohamed Yassin pernah bekerja sebagai kerani, pesuruhjaya daerah, majistret dan bendahari negeri.[1] Bapa beliau juga merupakan SpeakerDewan Negara yang pertama. Bapanya juga berperanan untuk menubuhkan Persatuan Melayu Johor yang fungsinya adalah untuk menentang Malayan Union. Sebagai ketua Orang Tujuh, mereka menuntut Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur meletak jawatan sebagai Sultan Johor kerana menandatangani persetujuan penubuhan Malayan Union 1946 yang bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.[2][3]
Pendidikan
Anak kelahiran Johor Bahru ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Bukit Zaharah dan kemudian melanjutkan pelajaran di English College, kedua-duanya di Johor Bahru. Setelah lulus dengan cemerlang dalam pendidikan peringkat menengah, beliau melanjutkan pelajaran ke King Edward College of Medicine, Singapura dari tahun 1936 hingga 1939. Setelah itu, beliau telah mendapat tawaran melanjutkan pengajian di Queen's College, The University of Melbourne, Australia sehingga memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) pada tahun 1945. Beliau mendapat penghargaan dan menjadi kebanggaan negara kerana menjadi anak melayu pertama lulus Ijazah Perubatan dari Universiti tersebut. Sekembali ke Tanah Air, beliau menyertai Jabatan Kesihatan Johor buat seketika dan kemudian membuka klinik perubatannya sendiri yang dikenali sebagai Klinik Tawakkal di Johor Bahru.
Jawatan semasa hayat
Beliau terdorong untuk menceburi politik selepas perletakan jawatan Dato' Onn Jaafar sebagai Presiden UMNO dan digantikan oleh Tunku Abdul Rahman. Beliau menceburkan arena politik setelah dilantik sebagai Timbalan Presiden UMNO pada 1951.
Beliau merupakan duta pertama dari Malaysia ke Amerika Syarikat pada tahun 1957. Beliau juga diberikan pentauliahan untuk menjadi duta negara ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Jawatan ini dipegang oleh beliau sehingga tahun 1959.
Beliau pernah menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri pada 1 September 1960 sehingga 21 Mei 1967, apabila beliau meninggalkan kabinet atas sebab-sebab kesihatan. Kekosongan jawatannya sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah diisi oleh Tun Abdul Razak.
Beliau sekali lagi dilantik oleh Tun Abdul Razak menjadi menteri Hal Ehwal Luar Negeri pada 14 Mei 1969 berikutan peristiwa berdarah 13 Mei. Tun Abdul Razak mempengerusikan MAGERAN dan meminta beliau untuk menjadi Timbalan Pengarah MAGERAN (Mei 1969-Februari 1971). Beliau kembali menjawat jawatan Kabinet dan kekal sebagai Menteri Hal Ehwal Luar Negeri sehingga 1 Ogos 1973.
Semasa hayat beliau, beliau pernah menyandang jawatan sebagai Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Jawatan terakhir yang dipegang oleh beliau adalah sebagai Timbalan Perdana Menteri. Beliau juga merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang kedua selepas Tun Abdul Razak pada 1970.
Jasa yang paling besar dilakukan oleh beliau adalah mengembalikan keyakinan rakyat Malaysia terhadap Kerajaan Malaysia. Berikut merupakan kata-kata yang dikeluarkan oleh Tun Suffian mengenai jasa beliau:
It was during the agonising days that his outstanding qualities came to the fore. Perhaps it can be said that more than anybody else the Tun contributed substantially to the restoration of public confidence in the Government's determination to restore law and order after the May 13th incidents.
Meninggal dunia
Pada 2 Ogos 1973, Tun Dr. Ismail meninggal dunia kerana serangan jantung dan jenazahnya telah disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur dan menjadi pemimpin pertama yang disemadikan di situ.
Ungkapan terkenal
Jangan sapu ke bawah permaidani.
Ini adalah ungkapan popular beliau. Peribahasa ini timbul berikutan permasalahan ekonomi orang Melayu yang sangat daif tetapi cuba ditutup begitu sahaja sehingga akhirnya tercetus Peristiwa 13 Mei.
Penghormatan
Pidato Tun Dr. Ismail diadakan sekali setiap dua tahun oleh Akademi Perubatan Malaysia untuk memperingati beliau. Pidato ulung itu telah diberikan oleh Yang Amat Arif Tun Mohamed Suffian bin Mohamed Hashim, Ketua Hakim Negara pada bulan Ogos 1974.
Kolej Tun Dr Ismail (KTDI) di UTM Skudai sempena memperingati jasa beliau kepada negara.
Kolej Tun Dr. Ismail di UPM, Serdang dinamakan untuk memperingati beliau. Salah sebuah kolej yang ternama dan unggul dalam bidang sukan, kebudayaan dan akademik. Beberapa tokoh terkenal negara sempat meluangkan masa bersama warga kolej KTDI UPM.
Kolej kediaman Tun Dr. Ismail di UTHM, Batu Pahat juga diberikan dengan menggunakan nama beliau
Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail di UKM, Cheras (PPUKM) mengambil nama beliau sempena memperingati jasa beliau sebagai seorang doktor dan negarawan yang banyak berjasa kepada tanah air ini..