8 Januari - 8TV mula bersiaran buat kali pertama hari ini, menggantikan MetroVision yang ditamatkan siaran pada 1 November 1999.[1]
Januari - Islam Hadhari telah diperkenalkan oleh kerajaan persekutuan.[2]
16 Januari - Seorang gadis berusia 10 tahun, Nurul Huda Abdul Ghani telah dirogol hingga mati di pondok Tenaga Nasional Tanjung Pelepas, Johor.[3]
Februari
2 Februari - Kailan Hassan, ibu kepada penyandang Perdana Menteri Malaysia Abdullah Ahmad Badawi meninggal dunia.[4]
15 Februari - Kumpulan perintis Program Latihan Khidmat Negara yang pertama di Malaysia memulakan latihan mereka di kem-kem di seluruh Malaysia. Dua kelompok tambahan menyertai program ini pada pertengahan Mac.[5]
1 Julai - Sistem pembayaran elektronik, Touch 'n Go dan SmartTAG, telah diwajibkan dalam semua lebuh raya Malaysia.
Julai - Bas dan perkhidmatan transit RapidKL dilancarkan.[12]
Ogos
1 Ogos - Logo ke-6 Radio Televisyen Malaysia dilancarkan. Logo tersebut merupakan logo keempat RTM selepas penggabungan Radio Malaysia dan Televisyen Malaysia di bawah Jabatan Penyiaran Malaysia.
4 Ogos - TV1 tampil dengan logo baharu dengan tema 'Saluran Infotainmen Anda'.
20 Ogos - TV2 tampil dengan logo baharu dengan tema 'Saluran Famili Anda'.
2 September - Dato' Seri Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri, dibebaskan selepas menjalani hukuman selama enam tahun di dalam penjara. Beliau kemudiannya mengetuai parti pembangkang PKR.[16]
22 Disember - Muhammad Haziq bin Hanif - pelakon, penyanyi, pengarah filem, pemain bola sepak, pemain badminton, cef, pereka fesyen, model, DJ dan pengacara TV.
Malaysia dibentuk pada 16 September 1963. Sebelum itu, Malaysia dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu ketika ia merupakan sebuah negeri naungan British sebelum kemerdekaannya.