Allahyarham Dato' Ismail bin Kassim (2 Oktober 1959 – 22 Mei 2023) ialah seorang ahli politik Malaysia dari negeri Perlis. Beliau merupakan ADUN Tambun Tulang, Perlis yang disandang sejak 2013. Beliau juga pernah menjadi Ahli Parlimen Arau pada 2008 hingga 2013.
Beliau telah keluar dari UMNO pada Jun 2018 dan menjadi seorang ahli bebas di Dewan Undangan Negeri Perlis.[1] Pada ogos 2019, beliau mengumumkan penyertaan ke BERSATU, tetapi Setiausaha Agung BERSATU, Marzuki Yahya menafikan ada menerima borang secara rasmi daripada Ismail.[2] Pada Mei 2020, beliau disahkan menyertai semula UMNO selepas 23 bulan tidak menjadi anggota mana-mana parti politik[3].
Kerajaan: (12)▌Barisan Nasional (10) ▌Perikatan Nasional (2) Pembangkang: (3)▌Pakatan Harapan (3) Keanggotaan Ahli Dewan Negeri dan Dewan Ahli Undangan Negeri di Malaysia mengikut bilangan Parlimen