Jawatankuasa Agama Islam Negeri

Jawatankuasa Agama Islam Negeri merupakan salah satu portfolio yang ditubuhkan di bawah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di seluruh negeri dalam Malaysia. Seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan, perkara berkaitan Islam terletak di bawah bidang kuasa negeri[1].

Sehubungan itu, di peringkat eksekutif, Kerajaan negeri mewujudkan sebuah portfolio khusus bagi membantu pentadbiran hal ehwal agama Islam di negeri masing-masing yang diisi oleh salah seorang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang juga anggota Dewan Undangan Negeri.

Senarai

Berikut merupakan senarai jawatankuasa dan pengerusinya,

Bil Negeri Portfolio Pengerusi Parti politik Dilantik pada
Persekutuan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na'im Mokhtar - 2 Disember 2022[2]
1 Sarawak Pengurusan Hal Ehwal Islam Sarawak[3] Abdul Rahman Junaidi GPS (PBB) 30 Disember 2021[4]
2 Johor Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Mohd Fared Mohd Khalid BN (UMNO) 26 Mac 2022[5]
3 Perak Jawatankuasa Agama Islam, Kewangan, Keselamatan, Tanah, Sumber Asli, Perancangan Ekonomi dan GLC Saarani Mohamad BN (UMNO) 24 November 2022[6]
4 Perlis Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Muhammad Azmir Azizan PN (PAS) 25 November 2022[7]
5 Pahang Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Syed Ibrahim Syed Ahmad BN (UMNO) 14 Disember 2022[8]
6 Sabah Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam)[9] Ruslan Muharam GRS (PBS) 11 Januari 2023[10]
7 Melaka Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Rahmad Mariman BN (UMNO) 5 April 2023[11]
8 Terengganu Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Muhammad Khalil Abdul Hadi PN (PAS) 16 Ogos 2023
9 Pulau Pinang Jawatankuasa Pembangunan Agama Islam, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Perpaduan Masyarakat Mohamad Abdul Hamid PH (Keadilan) 16 Ogos 2023
10 Kedah Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan Mohd Azam Abd Samat PN (PAS) 21 Ogos 2023[12]
11 Kelantan Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Muhamad Asri Mat Daud PN (PAS) 23 Ogos 2023[13]
12 Selangor Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Fahmi Ngah PH (Keadilan) 23 Ogos 2023[14]
13 Negeri Sembilan Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Agama Islam dan Keselamatan Aminuddin Harun PH (Keadilan) 24 Ogos 2023[15]

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Pelan Strategik Jakim 2015-2019 (PDF). Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. 2015. m/s. 5.
  2. ^ "Kabinet: Anwar umum Zahid, Fadillah Timbalan PM [METROTV]". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). 2022-12-02. Dicapai pada 2023-08-11.
  3. ^ "Premier Sarawak Ketuai Khatam Al-Quran Secara Berkumpulan – UKAS" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-08-11.
  4. ^ "Kabinet Abang Jo ada 10 menteri, 26 menteri muda". Malaysiakini. 2021-12-30. Dicapai pada 2023-08-11.
  5. ^ "Senarai portfolio Exco Johor". Harian Metro. 26 Mac 2022. Dicapai pada 11 Ogos 2023.
  6. ^ IDRIS, SAYED HESHAM (2022-11-24). "Saarani umum senarai portfolio Exco Perak". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2023-08-11.
  7. ^ JAMALUDIN, SITI NURAZLINA (2022-11-25). "Perlis kecilkan saiz Exco". Sinar Harian. Dicapai pada 2023-08-11.
  8. ^ "Portfolio EXCO Pahang diumum". Berita Harian. 14 Disember 2022. Dicapai pada 11 Ogos 2023.
  9. ^ "PBS terus relevan dalam landskap politik Sabah, tidak seperti yang didakwa pihak tertentu: Ruslan". www.utusanborneo.com.my. 2023-05-09. Dicapai pada 2023-08-11.
  10. ^ ROSLAN, SURAIDAH (2023-01-11). "Bung Moktar digugurkan, tiga menteri baharu dilantik, Shahelmey timbalan ketua menteri baharu". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2023-08-11.
  11. ^ "10 EXCO angkat sumpah, Kerajaan Perpaduan di Melaka". Berita Harian. 5 April 2023. Dicapai pada 11 Ogos 2023.
  12. ^ AZIMI, MOHD RAFIE (2023-08-21). "10 ADUN Kedah selesai angkat sumpah Exco". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2023-08-21.
  13. ^ "MB Kelantan pegang lima portfolio Exco". www.astroawani.com. Dicapai pada 2023-08-23.
  14. ^ JAAFAR, NORAFIZA (2023-08-23). "Amirudin pegang lima, umum portfolio 10 Exco Selangor". Sinar Harian. Dicapai pada 2023-08-23.
  15. ^ "Senarai penuh EXCO Negeri Sembilan, Aminuddin terajui 3 portfolio". Berita Harian. 24 Ogos 2023. Dicapai pada 24 Ogos 2023.