Ikatan Muslimin Malaysia (disingkatkan kepada ISMA, Jawi: ايکتن مسلمين مليسياcode: ms is deprecated , Arab: جمعية الاتحاد الإسلامي الماليزيcode: ar is deprecated ) ialah sebuah badan bukan kerajaanMalaysia yang berfahaman ultrakonservatif[1][2] dan Islamis[3]. Ia ditubuhkan pada 7 Julai 1997 di bawah nama Ikatan Siswazah Muslim Malaysia[4] sebelum kemudian menukar namanya kepada Ikatan Muslimin Malaysia pada tahun 2005.
Badan berwibawa ini sangat lantang menentang sebarang usaha yang dilihat menyebarkan "unsur-unsur liberalisme, keberadaan mazhab Syiah serta Kristianisasi" di negara tersebut.[5]
Organisasi ini mempunyai 45 cawangan berdaftar di seluruh Malaysia dan 8 cawangan luar negara. Pertubuhan amal Aman Palestin ditubuhkan bekas presidennya Abdullah Zaik Abdul Rahman sebagai presiden dari 2004 hingga 2008.[6]
ISMA membuka keahlian kepada masyarakat yang berusia 18 tahun dan ke atas secara atas talian.
Malaysia
ISMA mempunyai 45 cawangan berdaftar di seluruh Malaysia dan menjalankan pelbagai program dan aktiviti setempat melalui cawangan-cawangan ISMA.
Luar Malaysia
ISMA di luar negara digerakkan oleh mahasiswa dan mahasiswi Malaysia yang komited dengan fikrah dan matlamat ISMA. ISMA di luar negara bergerak sebagai persatuan kebajikan dan akademik mahasiswa dan mahasiswi Malaysia di luar negara.[7] Cawangan luar negaranya yang pertama didirikan di Mesir pada tahun 2006 dengan penubuhan jawatankuasa penaja sebelum dirasmikan pada tahun 2008 dengan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) di bawah Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK). [7]
Cawangan kedua terletak di Australia yang dilancarkan secara rasmi di Melbourne pada 16 Julai 2009 disempurnakan oleh Setiausaha I Duta Besar Malaysia di Australia, Dr. Sirajuddin Bin Suhaimee di University of Melbourne.[8] 3 cawangan benua lain iaitu Adelaide, Brisbane dan Sydney turut menyusul.[9]Jordan turut menjadi pilihan cawangan di Timur Tengah setelah didaftarkan secara rasmi dengan Education Malaysia Jordan (EMJ) pada 18 Januari 2012[10].
ISMA dilihat aktif dalam memperjuangkan hak-hak orang Islam di Malaysia dengan mengeluarkan beberapa kenyataan di ruang akhbar agar pihak kerajaan dapat mengambil perhatian mengenainya.[16][17] ISMA juga turut terlibat dalam menganjurkan program HIMPUN bertujuan untuk memberi kesedaran kepada umat Islam di Malaysia tentang bahayanya murtad.[18]
ISMA juga merupakan salah satu kompenan dalam pertubuhan Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN) yang ditubuhkan atas dasar menjaga kepentingan umum umat Islam daripada dicabar.[19][20]
Di peringkat pusat, ISMA dilaporkan telah menganjurkan siri konvensyen iaitu Konvensyen Pemikiran Hasan al-Banna (2010), Konvensyen Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka (2011) dan Konvensyen Memartabat Islam Memperkasa Ummah (2012)[21]. Turut dianjurkan ialah program bersifat kekeluargaan seperti Konvensyen Keluarga Melayu Muslim (2011). [22]
ISMA juga banyak memfokuskan aktivitinya pada pembinaan jatidiri dan kemasyarakatan dengan program-program seperti Qiamullail, I'tikaf, ramah mesra, gotong-royong dan sukaneka. [23]
ISMA juga dilihat terlibat dalam mengadakan program-program motivasi dan kelas-kelas pengajian agama seperti kelas Al-Quran, Kem Lepasan SPM, Jambori Remaja Muslim dan lain-lain.[24] Mereka juga dilihat aktif memberi kesedaran terhadap masyarakat akan pengaruh liberalisme, fahaman Syiah, kristianisasi dan isu-isu sosial.[16]
Slogan ini menggantikan slogan ‘Membina Generasi Harapan’ yang diguna pakai sebelumnya oleh ISMA[25]. Slogan ini membawa maksud ISMA mengajak agar umat Islam, khususnya di Malaysia, memiliki agenda besar untuk menjaga kepentingan Islam termasuk perpaduan umat Islam. Slogan ini dilihat sebagai slogan yang lebih universal berbanding slogan "Melayu Sepakat, Islam Berdaulat" yang khusus bagi permasalahan umat Islam Malaysia.[26]
Melayu Sepakat, Islam Berdaulat
“Melayu Sepakat”; menurut ISMA, bererti umat Melayu yang bersepakat dan bermuafakat dalam perkara-perkara yang berkait dengan kepentingan bersama, apatah lagi yang berkait dengan mendaulatkan Islam di tanah air. ISMA menggunakan firman Allah swt dalam Al-Quran yang bermaksud, “Bertolong-tolonglah kamu dalam kebajikan dan taqwa, dan jangan kamu bertolong-tolong dalam dosa dan permusuhan” (Al-Maidah) sebagai dalilnya. Lawan kepada “Bersepakat” adalah pertelingkahan yang membawa kepada hilangnya kekuatan. Firman Allah yang bermaksud, “Dan jangan kamu bertelingkah, nanti kamu rosak dan hilang kekuatan kamu. Bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama orang-orang sabar” (Al-Anfaal)[27].
“Islam Berdaulat”; merujuk kepada kedudukan Islam sebagai sebuah sistem yang tertinggi dari aspek pemerintahan, pengaruh dan pembuat keputusan. Merujuk kitab-kitab Fiqh, kedudukan Islam yang tertinggi sering dirujuk kepada firman Allah swt dalam kitab Al-Quran bermaksud, “Dan Allah sekali-kali tidak akan menjadikan jalan untuk orang-orang kafir di atas orang-orang beriman”(An-Nisa': 141)[27]
Slogan ini menimbulkan spekulasi dan perbahasan dalam kalangan pejuang-pejuang, persatuan dan parti Islam di Malaysia. Perkataan 'Melayu' di dalam slogan ISMA itu sering ditafsir sebagai lambang perjuangan ISMA khusus kepada orang Melayu sahaja dan tidak bersifat universal kepada perjuangan Islam.
Menurut ISMA, istilah 'Melayu' digunapakai kerana di Malaysia, bangsa Melayu adalah kumpulan majoriti di Malaysia. Oleh kerana orang Melayu dirujuk sebagai orang Islam dalam perlembagaan, dengan membawa kesepakatan di kalangan bangsa Melayu membolehkan kepimpinan Islam dibentuk di peringkat pentadbiran negara. Walau bagaimanapun, ini tidak bermaksud kaum lain yang beragama Islam disisihkan. Yang utamanya bangsa Melayu memegang kuasa pentadbiran sebagai majoriti bumiputera di Malaysia.
Politik
ISMA mula terlibat dalam dunia politik Malaysia pada tahun 2013 dengan menurunkan calon daripada Biro Politik ISMA pada Pilihan Raya Umum ke-13.[28][29] ISMA menggunakan tiket parti BERJASA dengan kawasan-kawasan yang mereka bertanding majoriti pengundi adalah pengundi muslim tetapi diletakkan calon bukan muslim oleh parti kerajaan dan pembangkang.[30][31] Menurut ISMA lagi, jika di kawasan wakil ISMA bertanding terdapat juga calon Melayu atau Islam yang bertanding, mereka akan berundur dan bertanding di kawasan lain.[32]
Namun begitu, pendekatan ISMA menyertai PRU-13 telah disifatkan oleh sesetengah pihak sebagai politik perkauman.[33] ISMA tetap menegaskan bahawa mereka bukan parti politik dan kekal sebagai NGO bebas tanpa terikat dengan mana-mana parti politik.[34] Kesemua calon ISMA yang bertanding pada Pilihanraya Umum Malaysia ke-13 telah tewas namun sokongan yang ditunjukkan oleh masyarakat di kawasan Calon ISMA-BERJASA bertanding mencatatkan angka yang memberansangkan.[35][36]
Pendekatan politik ISMA dilihat tidak menjurus ke arah politik kepartian yang mengutamakan proses pilihanraya semata-mata, tetapi politik ISMA adalah politik untuk mendaulatkan Islam melalui proses pembinaan peribadi dan melalui tahap-tahap yang tersusun rapi.
ISMA dilihat cuba memberi solusi kepada permasalahan politik umat Islam dengan slogan "Melayu Sepakat Islam Berdaulat" yang dilihat ISMA sebagai misi jangka panjang dan berterusan serta bukan mengikut penggal pilihanraya, atau isu bermusim. Seruan ini telah sampai kepada masyarakat Malaysia yang turut membawa kesan kepada perubahan landskap politik pada Pilihanraya Umum ke-14.
ISMA dilihat mengambil intipati perjuangan tokoh gerakan Islam Hassan al Banna dalam Risalah Muktamar ke-5 Ikhwan Muslimin yang menyeru kepada perpaduan Arab demi menjaga kedaulatan Islam, begitu juga yang dilihat ISMA, mereka menyeru kepada perpaduan Melayu di rantau ini demi menjaga kedaulatan Islam di Nusantara.[37]
ISMA menuduh COMANGO membawa dan menyebarkan agenda liberal yang berasaskan Barat. Terdapat siri ceramah besar-besaran oleh ISMA bagi menerangkan bahaya COMANGO ini kepada masyarakat Malaysia.[39]
Berikutan kelantangan ISMA terhadap tuntutan COMANGO, Marina Mahathir telah memfailkan saman terhadap ISMA dan ahli jawatankuasanya berikutan sebuah artikel yang ditulis dan disebarkan mempunyai potret beliau dan dipercayai sebagai antara dalang dalam COMANGO. [40] Kes saman tersebut diselesaikan oleh kedua-dua pihak dengan Marina menerima pernyataan daripada Naib Presiden ISMA (pada ketika itu) Aminuddin bin Yahaya yang melahirkan kekesalan sekiranya artikel dan risalah-risalah yang diedarkan telah menyebabkan kepayahan dan kesan buruk serta memberikan gambaran yang salah terhadap Marina.[41][42]
Usaha ISMA, yang antara lainnya dengan mengumpulkan sebanyak 700 ribu tandatangan atas talian dan secara bertulis, ternyata berhasil apabila kerajaan Malaysia telah menolak tuntutan-tuntutan COMANGO dalam Proses Semakan Berkala Sejagat di Geneva.[43][44]
Hudud
Kenyataan Presiden ISMA (pada ketika itu) Ustaz Abdullah Zaik bin Abdul Rahman yang menyebut pendatang Cina yang dibawa masuk oleh Penjajah British adalah satu pencerobohan, sebagai reaksi balas terhadap segelintir orang Cina yang lantang mempersoal dan masuk campur dalam perbahasan tentang pelaksanaan hukum hudud, telah menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan masyarakat mereka.[45]MCA dan DAP telah membuat laporan polis berkaitan kenyataan itu.[46] Susulan daripada itu, Ustaz Abdullah Zaik telah didakwa dan dijatuhkan hukuman bersalah menurut seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 kerana menerbitkan artikel berbaur hasutan. Beliau dikenakan denda sebanyak RM2,000.00 dan menerima keputusan tersebut dengan berlapang dada.[47][48]
Petisyen "Negara Islam"
Pada 26 Disember 2018, pertubuhan ini melancarkan suatu kempen menumpu kepada petisyen yang dipercayai sebagai suatu langkah menggalak dan mengukuhkan usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah "negara Islam" sepertimana yang ditunjukkan slogan Malaysia Negara Islam yang mendapat sokongan daripada seberapa tokoh-tokoh agama utama sekitar Malaysia.[49][50][51] Walau bagaimanapun, kempen ini sangat disanggah banyak kelompok penting termasuk G25, kelompok bekas veteran tentera Persatuan Patriot Kebangsaan (PATRIOT).[52][53]
Himpunan ICERD
Bersama Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan NGO yang lain, ISMA menjadi badan yang terkehadapan dalam menggagalkan ICERD. Lebih 50,000 orang termasuk anggota parti pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) menyertai perhimpunan membantah hasrat kerajaan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), di ibu negara pada 4 November 2018.[54]
1956 film by Michael Anderson Around the World in 80 DaysTheatrical release posterDirected byMichael AndersonScreenplay by James Poe John Farrow S. J. Perelman Based onAround the World in Eighty Days1873 novelby Jules VerneProduced byMichael ToddStarring Cantinflas David Niven Robert Newton Shirley MacLaine CinematographyLionel LindonEdited byGene RuggieroHoward EpsteinMusic byVictor YoungProductioncompanyMichael Todd CompanyDistributed byUnited ArtistsRelease dates October 17, 1956...
Dans ce nom chinois, le nom de famille, Hsieh, précède le nom personnel Su-wei. Ne pas confondre avec Hsieh Shu-ying, sa sœur cadette, également joueuse de tennis. Hsieh Su-wei Hsieh Su-wei à Eastbourne en 2017. Carrière professionnelle 2001[1] Pays Taïwan Naissance 4 janvier 1986 (38 ans)Kaohsiung Taille 1,69 m (5′ 7″) Prise de raquette Droitière, revers et coup droit à deux mains Gains en tournois 10 983 445 $ Palmarès En simple Titres 3...
Aren beralih ke halaman ini. Untuk komune di Prancis, lihat Aren, Prancis. Untuk kota di Spanyol, lihat Arén. Aren Ilustrasi aren oleh Blanco Klasifikasi ilmiah Domain: Eukaryota Kerajaan: Plantae (tanpa takson): Angiospermae (tanpa takson): Monokotil (tanpa takson): Commelinids Ordo: Arecales Famili: Arecaceae Genus: Arenga Spesies: A. pinnata Nama binomial Arenga pinnata(Wurmb) Merr. Sinonim Arenga saccharifera Labill. Enau atau aren (Arenga pinnata, suku Arecaceae) adalah palma yang ...
У этого термина существуют и другие значения, см. Трезубец (значения). Запрос «Острога» перенаправляется сюда. На эту тему нужно создать отдельную статью. Скульптура Посейдона в Копенгагене Трезу́бец[1] (острога́[2] или «Нептунов жезл») — оружие, которое состоит...
Cette liste comprend les races issues de l'espèce Bos taurus. Il s'agit donc de races des sous-espèces Bos taurus taurus (bœuf européen et proche-oriental) et Bos taurus indicus (zébu). Races européennes Rameaux de races Article détaillé : Domestication de Bos taurus. Celtique Grise des steppes Nordique Pie rouge des Montagnes Races bovines du littoral de la mer du Nord Rameau blond Rameau rouge Rameau brun Rameau ibérique Rameau sans cornes Rouge de la Baltique Allemagne Glan-...
Artikel ini membutuhkan rujukan tambahan agar kualitasnya dapat dipastikan. Diskusi terkait dapat dibaca pada the halaman pembicaraan. Mohon bantu kami mengembangkan artikel ini dengan cara menambahkan rujukan ke sumber tepercaya. Pernyataan tak bersumber bisa saja dipertentangkan dan dihapus.Cari sumber: Bahasa Luksemburg – berita · surat kabar · buku · cendekiawan · JSTOR (April 2013) Bahasa Luksemburg Lëtzebuergesch Pengucapan[ˈlətsəbuə̯jəʃ]...
يفتقر محتوى هذه المقالة إلى الاستشهاد بمصادر. فضلاً، ساهم في تطوير هذه المقالة من خلال إضافة مصادر موثوق بها. أي معلومات غير موثقة يمكن التشكيك بها وإزالتها. (ديسمبر 2018) U P E S الجامعة الخاصة للدراسات العلمية والتكنولوجية معلومات التأسيس 2001 الموقع الجغرافي المدينة سيدي رزيق ...
Part of a series onCannabis in Canada National legislation Legal history Cannabis Act Medical regulations Criminal Code Provincial and territorial regulations Alberta British Columbia Manitoba New Brunswick Newfoundland and Labrador Northwest Territories Nova Scotia Nunavut Ontario Prince Edward Island Quebec Saskatchewan Yukon Other jurisdictions Military Indian reserves Cannabis portalCanada portalvte The Cannabis Act (C-45) of June, 2018 paved the way for the legalization of cannabis in C...
This article may require copy editing for grammar, style, cohesion, tone, or spelling. You can assist by editing it. (April 2023) (Learn how and when to remove this message) The following characters are angels of God appearing in the American television series Supernatural. Angels are portrayed as extremely powerful beings. Merely perceiving their true form - even psychically - typically results in blindness, as the appearance of their natural visage is overwhelming; it is capable of burning...
المجرة الراديوية NGC 5128 هي أقرب مجرة من هذا النوع إلينا. مجرة راديوية في الفلك (بالإنجليزية: Radio galaxy) ومثيلاتها النجوم النباضة هي أنواع من المجرات النشطة التي تتميز بإشعاعها القوي في نطاق الأشعة الراديوية، تبلغ شدة اصدارها للطاقة نحوا من 1039 واط بين تردد 10 ميجاهرتز و 100 مي...
Donovan never had a number-one single or number-one album in his native UK;[1] however, his Universal Soldier EP spent eight weeks at the top of the EP chart. In the 1950s and 1960s a third vinyl format was introduced alongside long-playing (LP) albums, and singles. The extended play (EP) used the same formats as singles but contained more tracks.[2] Singles were the popular record format at the time – predominantly 10-inch 78 rpm and 7-inch 45 rpm formats[3] ...
FIFProLogo FIFProTanggal pendirian1965LokasiHoofddorp, BelandaWilayah layanan Seluruh duniaJumlah anggota 55 anggotaBahasa resmi Inggris, Prancis, SpanyolPresidenPhillipe PiatSitus webhttp://www.fifpro.org Fédération Internationale des Associations de Footballeurs Professionnels (bahasa Indonesia: Federasi Internasional Asosiasi Pesepak Bola Profesional), biasa disebut sebagai FIFPro, adalah organisasi perwakilan di seluruh dunia untuk 65.000 pemain sepak bola profesional. FIFPro, denga...
الساموراي الأول: موساشي مياموتو (فيلم)宮本武蔵 (باليابانية) معلومات عامةالصنف الفني فيلم مغامرة — فيلم دراما تاريخ الصدور 1954مدة العرض 93 دقيقةاللغة الأصلية اليابانيةالبلد اليابانالجوائز جائزة الأوسكار الشرفية الطاقمالمخرج هيروشي إناجاكي[1] السيناريو هيروشي إناجاك�...
British political party The subject of this article is participating in the 2024 general election to the House of Commons of the United Kingdom on 4 July, and has had no MPs in the House of Commons since Parliament was dissolved on 30 May. Some parts of this article may be out of date during this period. Please feel free to improve this article (but note that updates without valid and reliable references will be removed) or discuss changes on the talk page. Conservative and Unionist...
White Southerners opposed to secession and the American Civil War This article is about anti-secessionism in the southern United States. For pro-UK sentiment in Ireland outside Northern Ireland, see Unionism in Ireland. Newton Knight (Mississippi), leader of the Knight Company and one of the founders of the Free State of Jones. In the United States, Southern Unionists were white Southerners living in the Confederate States of America opposed to secession. Many fought for the Union during the ...
Early system for transmitting text over wires Cooke and Wheatstone's five-needle telegraph from 1837 Morse Telegraph Hughes telegraph, an early (1855) teleprinter built by Siemens and Halske Electrical telegraphs were point-to-point text messaging systems, primarily used from the 1840s until the late 20th century. It was the first electrical telecommunications system and the most widely used of a number of early messaging systems called telegraphs, that were devised to communicate text messag...
علاقات إسرائيل وميانمار إسرائيل ميانمار تعديل مصدري - تعديل إن علاقات إسرائيل وميانمار تشير إلى العلاقات الثنائية بين إسرائيل وميانمار. وقد أقامت الدولتان روابط دبلوماسية في عام 1953.[1] ولدى إسرائيل سفارة في يانغون، ولميانمار سفارة في تل أبيب. وتتمتع ا�...
Slovene operatic soprano This biography of a living person needs additional citations for verification. Please help by adding reliable sources. Contentious material about living persons that is unsourced or poorly sourced must be removed immediately from the article and its talk page, especially if potentially libelous.Find sources: Alenka Gotar – news · newspapers · books · scholar · JSTOR (January 2013) (Learn how and when to remove this message) Ale...
Questa voce sull'argomento battaglie è solo un abbozzo. Contribuisci a migliorarla secondo le convenzioni di Wikipedia. Segui i suggerimenti del progetto di riferimento. Battaglia di Hiribyaparte delle crociateLa battaglia in un'illustrazione manoscritta cristiana del XIII secolo, in cui compare curiosamente l'indicazione Babilonia (termine spesso genericamente impiegato per indicare una qualsiasi città islamica, massimamente la capitale abbaside, che effettivamente sorgeva nelle imme...