Perhimpunan Belia Islam Dunia atau World Assembly of Muslim Youth (WAMY) merupakan pertubuhan NGO antarabangsa yang berdaftar dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang berpusat di Arab Saudi. WAMY diwujudkan bertujuan untuk mewujudkan satu platform bagi belia Islam untuk belajar dan bersama-sama menghidupkan suasana persekitaran Islam. WAMY menganjurkan program bagi mewujudkan hubungan melalui dialog, pemahaman dan penghargaan antara pertubuhan-pertubuhan Islam dan masyarakat Barat. WAMY menganjurkan persidangan, simposium, bengkel pendidikan dan lingkaran penyelidikan untuk menangani isu-isu belia dan pelajar.
Subsidiari
WAMY Malaysia
WAMY Malaysia ditubuhkan pada tahun 1973 dan merupakan antara cawangan awal WAMY yang ditubuhkan. Ia telah beroperasi di Jalan Ampang Hilir 2 sejak tahun 1986.
Pada tahun 2007, satu rombakan besar berlaku dalam pengurusan WAMY Malaysia. Di bawah pengurusan baru WAMY Malaysia, mereka mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan nombor pendaftaran 836737-K dengan nama WAMY BHD.[1]
Pada 1 Februari 2013, pejabat WAMY Malaysia telah berpindah ke Taman Putra Kajang.[2] WAMY Malaysia juga mempunyai sebuah Pusat Latihan di dalam Kampus UIAM Gombak.
WAMY Thailand
WAMY Indonesia
WAMY Indonesia terletak di Jakarta Selatan.[3] Pada tahun 2005, selepas kejadian Tsunami di Aceh, WAMY Indonesia membuka cawangan baru di Aceh bagi membangunkan sumber tenaga Muslim di kawasan itu.[4]
WAMY Riyadh
WAMY Dammam
WAMY Australia
WAMY UK
WAMY Afrika Selatan
WAMY Bangladesh
WAMY Filipina
Rujukan
Pautan luar