Dasar Wasatiyyah Negara (bahasa Inggeris: National Wasatiyyah Policy) merupakan dasar yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia pada 2016. Sebuah institut telah dilantik sebagai agensi penyelaras melaksanakan pendekatan wasatiyyah, iaitu Institut Wasatiyyah Malaysia[1].
Sejarah
Ia bertujuan bagi membentuk ummah yang berpaksikan kekuatan iman tanpa mengabaikan prinsip toleransi dan keadilan sosial rakyat berbilang bangsa serta agama di Malaysia bagi memastikan sokongan padu rakyat terhadap agenda transformasi sosioekonomi yang sedang dilaksanakan terus mendapat dokongan masyarakat Islam yang merupakan penduduk majoriti[2].
Dasar Wasatiyyah Negara telah diluluskan oleh Jemaah Menteri Malaysia pada 21 Oktober 2016[3].
Tujuan
Dasar ini diperkenalkan sebagai Dasar Negara, untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian Negaraku, yakni tanahair kita yang tercinta. Ia mempunyai lima objektif utama iaitu meningkatkan kefahaman rakyat Malaysia terhadap pendekatan wasatiyyah; menyelesaikan permasalahan masyarakat yang dibelenggu isu integriti; ekstremisme dan radikalisme; memperkukuh penghayatan wasatiyyah bagi mewujudkan semangat toleransi dalam kalangan rakyat; membangun bangsa Malaysia yang harmoni dalam menghayati nilai dan etika, serta menjadikan wasatiyyah sebagai cara hidup rakyat Malaysia[1].
Perkembangan
Institut Wasatiyyah Malaysia
Sebuah institut telah dilantik sebagai agensi penyelaras melaksanakan pendekatan wasatiyyah, iaitu Institut Wasatiyyah Malaysia. Ia ditubuhkan pada 2012 di peringkat awal konsep wasatiyyah digagaskan sebelum menjadi dasar rasmi negara.
Penubuhan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman
Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) telah diumumkan penubuhannya di Kuala Lumpur pada Februari 2017 dan telah memulakan operasinya pada 30 Mei 2017. Pusat ini diilhamkan oleh Raja Arab Saudi, Raja Salman ibn Abdulaziz Al Saud berperanan untuk menangkis pengaruh pelampau dan pengganas serta mempromosi keamanan[4] sejagat. Ia adalah respon Kerajaan Arab Saudi terhadap Dasar Wasatiyyah Negara yang diperkenalkan Malaysia[5].
Pusat ini telah dihentikan operasi setelah Pakatan Harapan mentadbir Malaysia pada 2018[6].
Baca lagi
Rujukan
|
---|
Pentadbiran | Persekutuan | | Kementerian | |
---|
Jabatan | |
---|
Agensi | |
---|
Wilayah | |
---|
|
---|
Negeri | |
---|
|
---|
Sejarah | Sebelum kemerdekaan | |
---|
Selepas kemerdekaan | |
---|
|
---|
Pertubuhan | Parti Politik | Aktif | |
---|
Tidak aktif/Bubar | |
---|
Diharamkan | |
---|
|
---|
Pertubuhan masyarakat | Bangsa | |
---|
Profesional | |
---|
Mahasiswa/Belia | |
---|
Gabungan persatuan | |
---|
Diharamkan | |
---|
|
---|
Kumpulan pengganas | |
---|
|
---|
Kehakiman | |
---|
Ekonomi | |
---|
Pendidikan | |
---|
Kebudayaan | Hari kebesaran | | |
---|
Pakaian | |
---|
Penerbitan | |
---|
Tumpuan pelancong | |
---|
Program dan Keraian | |
---|
Media | |
---|
|
---|
Hubungan luar | Cawangan pertubuhan | |
---|
Pertubuhan negara | |
---|
Antara negara anggota OIC | |
---|
|
---|
Hal berkaitan | |
---|
|