Perhimpunan Agung UMNO 2011

Perhimpunan Agung UMNO 2011
Pusat Dagangan Dunia Putra (kini Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur)
Tarikh29 November - 3 Disember 2009
TempatDewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra
Bandar rayaKuala Lumpur, Malaysia
PengerusiBadruddin Amiruldin
Persidangan sebelum iniPerhimpunan Agung UMNO 2010
Persidangan seterusnyaPerhimpunan Agung UMNO 2012

Perhimpunan Agung UMNO 2011 diadakan pada 29 November 2011- 3 Disember 2011 di PWTC, Kuala Lumpur. Amanat khas kepada Putera dan Puteri UMNO diadakan pada 20 november 2011 di PWTC. Perhimpunan ini penting sebelum PRU13.

Pada 22 November 2011, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memaklumkan Seramai 5,447 perwakilan akan hdir di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).Mereka ialah 2,627 perwakilan dari 191 bahagian , 944 perwakilan Wanita, 942 Pemuda dan 934 Puteri.Buat pertama kali , Setiausaha Bahagian menjadi perwakilan secara automatik.Perhimpunan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Presiden UMNO. Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin merasmikan perhimpunan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri pada 29 November 2011. RTM telah menyiarkan secara langsung majlis perasmian perhimpunan.

Seramai 58 delegasi luar dari 23 parti politik dari 20 buah negara turut hadir.Mereka dari Parti Komunis China, 11 dari Parti Mamafisoa, Madagascar; 3 dari Pergerakan Pembebasan Kebangsaan Palestin (Fatah) dan 2 dari Persidangan Tetap Parti Politik Amerika Latin dan Caribbean, Coppal.Semua 74 Kelab Umno Luar Negara turut menghantar seorang wakil.

Seramai 1,540 petugas media dari 83 agensi, 74 agensi tempatan dan sembilan antarabangsa akan membuat liputan. Pada 28 November , forum bertajuk "Politik Transformasi Ekonomi dan Sosial di dalam Era Krisis Global" akan dirasmikan oleh Perdana Menteri.[1]

Rujukan