Di dalam
nama orang Melayu, tiada
nama keluarga. Nama
Mohd Khalid merupakan nama bapa, dan orang berkenaan harus dirujuk oleh nama yang diberikan,
Bibi Sharliza. Perkataan terbitan Arab
"bin" atau "binti"/"binte" (sekiranya digunakan) masing-masing bermaksud 'anak lelaki kepada' atau 'anak perempuan kepada'.
Puan Sri Datin Seri Utama Dato' Bibi Sharliza Mohd Khalid (lahir 19 November 1971) ialah seorang ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai ADUN Juasseh dan Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan. Beliau merupakan isteri kepada Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad.
Anugerah dan pengiktirafan
Pendidikan
Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Keluarga
Bibi Sharliza pernah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak dan mempunyai cucu.
Pada 14 April 2010, beliau telah berkahwin dengan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, yang ketika itu merupakan ADUN Bagan Pinang. Isa Samad sebelum itu telah menduda selepas kematian isterinya, Puan Sri Hazizah Tumin pada 7 Disember 2005 akibat kanser parotid (kelenjar pipi) yang dihidapi selama 10 tahun. Bibi Sharliza dan Mohd Isa bernikah di rumah keluarga perempuan di Taman Fatimah, Kuala Pilah pada jam 3 petang.[1]
Rujukan