Wanita UMNO atau Pergerakan Wanita UMNO adalah sayap parti UMNO di Malaysia yang memperjuangkan nasib wanita Melayu dan Bumiputera di Malaysia khususnya di Semenanjung Malaysia.
Ketua Pergerakan Wanita UMNO sekarang ialah Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad yang menggantikan penyandang sebelum ini iaitu Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil sejak Jun 2018.
Sejarah
Jabatan Kaum Ibu UMNO telah ditubuhkan pada 1947. Semua ini adalah kelangsungan daripada pertemuan tiga tokoh wanita, Putih Mariah Ibrahim Rashid dari Persatuan Melayu Perak, Zainab Abdul Rahman (Persatuan Melayu Seberang Perai) dan Saleha Ali (Persatuan Melayu Selangor) mengenai penubuhan sebuah pergerakan wanita Melayu.Putih Mariah menjadi pemimpin Jabatan Kaum Ibu UMNO yang pertama.
Pada perhimpunan agung wakil wanita di Butterworth 25 Ogos 1949, wakil-wakil dari bahagian UMNO menubuhkan Ahli Perempuan UMNO (APU) dan Putih Mariah sebagai ketuanya.Nasionalis Tan Sri Zainun Sulaiman atau Ibu Zain yang memimpin APU pada 1950 hingga 1953 berjaya melipatgandakan usaha untuk menambah keahlian serta cawangan.
Ibu Zain berhadapan masalah kesihatan pada 1954, teraju kepimpinan diamanahkan kepada Khatijah Sidek. Pada 1956, Khatijah diberhentikan kerana memihak kepada PAS dan diganti oleh Tan Sri Fatimah Hashim.Nama APU ditukar menjadi Pergerakan Kaum Ibu UMNO. Fatimah telah dipilih menjadi ketua pergerakan ini pada perhimpunan agung UMNO 1957 hingga 1972, selama 12 tahun.
Tan Sri Aishah Ghani memimpin Wanita UMNO mulai 1972 hingga 1984. Aishah adalah wanita pertama yang dilantik menjadi Senator dan wanita kedua menjadi Menteri. Selain menjalankan tugas sebagai ketua Wanita UMNO, Aishah diingati sebagai Menteri Kebajikan yang paling berjaya.
Aishah diganti oleh Datuk Rafidah Aziz seorang tokoh akademik dalam bidang ekonomi menjadi ketua pada 1984- 1996.[1]
Senarai Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO
Penjawat jawatan terkini
Berikut senarai pemegang jawatan Pergerakan Wanita UMNO Malaysia Sesi 2023-2026:
Senarai Ketua Wanita UMNO
Lagu Wanita UMNO
Maju Wanita UMNO
Bersedia Berjuang
Kami Wanita UMNO
Bersetia Berjasa
Untuk Nusa Dan Bangsa
Sentiasa Berkhidmat
Menyumbangkan Tenaga
Membangunkan Negara
Yang Maju Dan Merdeka
Mengekalkan Perpaduan
Itulah Azam Wanita
Marilah Berjuang Untuk Negara
Sentiasa Berkhidmat
Untuk Rakyat Yang Makmur
Menyumbangkan Tenaga
Maju Wanita UMNO
|
Rujukan